Monday, April 09, 2007

DALAM SOLAT


"Maka beribadatlah kepada-Ku dan dirikanlah solat bagi mengingati-Ku" (Surah Taha:14)


Soalan 46 :
Setiap kali nak memulakan solat, kita selalu sebut "usolli...". Kalau tak sebut tak sahkah solat kita?
Jawapan :
Ah...ha. Ramai orang terkeliru dalam bab ini. Ramai juga yang menganggap tak sah solat kalau tak sebut "usolli...". Mesti kena sebut contoh :

"Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Ta'ala."

Ada juga yang berbincang berjam-jam lamanya membetulkan lafaz "usolli...". Sebenarnya lafaz "usolli..." ini bukanlah wajib. Dalam rukun solat, tak disebut pun bahawa wajib berlafaz dengan "usolli...". Cuma yang di sebut dalam kitah fiqah bahawa lafaz "usolli..." hanya sebagai perangsang bagi menghadirkan niat di hati.

Kadang-kadang lafaz "usolli..." ini boleh menganggu orang lain apabila diulang berkali-kali.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa melafazkan "usolli..." adalah bida'ah iaitu perkara baru yang direka dalam agama. Oleh itu, amalan lafaz "usollo..." mestilah dibuang.

Apa pun, sebenarnya sah solat walaupun tanpa lafaz "usolli..." dan sah solat juga jika berlafaz "usolli..."
###
Di tanah Arab, tak pernah jumpa pak Arab guna lafaz "usolli...". Ada seorang hamba Allah pergi umrah ke Makkah. Ketika nak memulakan solat, dia pun menyebut lafaz "usolli..." berkali-kali. Pak Arab yang berada di sebelahnya pun marah lalu berkata (terjemahannya) : "Aku tahulah engkau nak solat. Solat ajelah. Tak payahlah nak bagitahu dekat orang lain."

Rupa-rupanya lafaz "usolli..." bermakna "sahaja aku solat". Patutlah Pak Arab itu naik angin.

*Dipetik dari buku "Soal Jawab remeh-temeh tentang SOLAT tapi anda malu bertanya..." oleh Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, satu informasi yang bagus. dapat menghilangkan perasan was-was yang telah lama berlubuk dihati. sesungguhnya was-was permainan syaitan nirrajiim.

thanks,
hamba allah