Ibnu Abbas ra. menceritakan: "Nabi saw. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekkah. Lalu kedengaran oleh beliau suara 2 orang sedang disiksa didalam kuburnya.
Maka berkata Nabi saw., "Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar."
Kemudian Nabimelanjutkan perkataannya, "Yang seorang disiksa kerana kencing ditempat terbuka, (*1) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan."
Sesudah itu Nabi menyuruh ambil sebuah pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh beliau, dan di letakkannya di atas kedua kuburan itu masing-masing sepotong.
Seseorang bertanya, "Ya Rasulullah! Mengapa anda lakukan itu?"
Jawab Nabi, "Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan, selama pelepah tamar itu tidak kering."
(*1) Dalam hadis lain riwayat bukhary juga, "Orang yang buang air kecil dan tidak bersuci sesudah itu."
(Shahih Bukhary, Jilid 1, hal 96, no: 149)
No comments:
Post a Comment