Tuesday, April 10, 2007

KEROHANIAN 2

1. Contoh Kehidupan Nabi Muhammad saw.

sambungan dari artikel pertama....

Sebelum Nabi menyatakan dirinya sebgai pesuruh Allah, beliau bertahun-tahun pergi menyisihkan diri, samadi atau khalwat berhari-hari, bermalam-malam sendirian di Gua Hira'. Dlm khalwat beliau duduk bertafakkur pada segala af-al Allah, berzikir terus menerus semata-mata mengingati Allah dgn ikhlas dan sempurna, sehingga biasa terputus hubungannya dgn yg lain daripada Allah.

Hidup Zuhud/Sederhana dianjurkan oleh Nabi Muhammad.

Cara hidup beliau adalah sangat sederhan pakaiannya, makanannya yg sekerat roti, sebiji tamar dan seteguk air. Sebaliknya ibadatnya banyak, solat jauh malam dan kadang2 menangis dlm melakukan solat, semuanya itu adalah kehidupan ideal yg dirindui ole ahli2 Tasawwuf.

Pada suatu hari datanglah Jibril kpd Nabi Muhammad menyampaikan salam Tuhan dan bertanya, "Manakah yg engkau suka Ya Muhammad, menjadi seorang Nabi yg kaya raya seperti Nabi Sulaiman atau menjadi Nabi yg miskin seperti Nabi Ayub? Lalu beliau menjawab, "Aku lebih sukakenyang sehari dan lapar sehari. Jika kenyang, aku bersyukur kpd Allah. Jika lapar, aku bersabar atas cubaan Tuhanku".

Kehidupan yg demikianlah beliau anjurkan pula kpd umatnya. Rasulullah bersabda, "Zuhudlah terhadap dunia supaya tuhan mencintai mu. Dan zuhudlah pada yg ada ditangan manusia supaya manusia pun cinta akan engkau." (Di riwayatkan Ibnu Majah, Tabrani dan Baihaqi). Lagi pula beliau bersabda:

"Apabila Allah menghendaki seseorang hambanya menjadi org baik, diberinyalah faham rahsia2 agama, ditimbulkannya rasa zuhud terhadap dunia dan diberinya anugerah dapat memandang yg ghaib dan kecelaan dirinya sendiri" (Baihaqi). Bilamana kiata perbandingkan dgn kehidupan orang2 zahid dan Abid iaitu ahli2 Tasawwuf yg datang kemudian, dapatlah dgn mudah meneliti persamaan kehidupan mereka dgn kehidupan Nabi Muhammad dlm hidup kerohanian. (*)

Demikianlah Imamul Al Ghazali berpendapat, "Bahawa aku yakin benar-benar kaum suiyah itulah yg benar2 telah menempuh jalan yg dicontohkan oleh Nabi dan yg dikehendaki oleh Allah Ta'ala.

Selanjutnnya Al Ghazali berpendapat, "Bahawa mendekati Tuhan merasa adanya Tuhan dan Ma'rifat Tuhan, hanya dapat dicapai dgn menempuh satu jalan, iaitu jalan yg ditempuh oleh kaum Sufi.

(*) Tasawwuf dari abad ke abad oleh: Hamka

Dipetik dari "Kunci Memahami Ilmu Tasawwuf oleh Dr. Mustafa Zahri. Terbitan pt bina ilmu 1979.

No comments: