AL INSYIRAAH
Surah ke-94
Diturunkan di Mekkah - 8 ayat.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan daripada mu: beban mu (menyiarkan islam) -
3. Yang memberati tanggungan mu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagi mu: sebutan nama mu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?***
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan mu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain),
8. Dan kepada Tuhan mu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
No comments:
Post a Comment