
Tuesday, September 30, 2008
Wednesday, September 24, 2008
Tuesday, September 23, 2008
Catatan Shinri - Ramadhan 2008 - Siri 9 : Aduhai Ramadhan... terlalu banyak yang AKU sesalkan...
“Aduhai Ramadhan... apakah sempat aku menemui mu lagi. Apakah dosa-dosa ku diampunkan Allah swt sepanjang bulan ini. Apakah aku dapat merasai nikmat Ramadhan pada tahun hadapan. Moga-moga dapatlah aku sekali lagi bersua wajah dengan mu Wahai Ramadhan.
Aku ingin semua bulan menjadi bulan Ramadhan. Aku ingin menangis, kerna beberapa hari lagi aku akan kehilangan mu Wahai Ramadhan.
Ampunkan aku Wahai ALLAH...”
Saturday, September 20, 2008
Thursday, September 18, 2008
Catatan Shinri - Ramadhan 2008 - Siri 8 : Melihat liuk lintuk lampu Gasoline diserambi rumah...

bila saya melihat pecahan cahaya menyinari alam dikala bulan Ramadhan. Maaf saya memang obses tentang bulan ini.
Tatkala angin menampar muka...baru tersedar puasa tinggal beberapa hari lagi. Akan habis. Akan lenyap. Menunggu-nunggu lagi hingga ke tahun depan.
Moreh. Salawat dan salam. Lebihan kuih-kuih selepas tarawikh. Aduhai indahnya setiap malam. Gelap tapi tenang.
Di manakah cinta? Saya akan menanti di 10 malam terakhir. Atau mungkin malam dimana takbir berkumandang...
Mungkin sewaktu sedang menonton (menghilangkan kesayuan) rancangan wajib malam raya yakni “Sampaikan Salam”...yang begitu heboh di kaca tv.
Atau dikala itu iris saya sedang merenung penuh lampu gasoline yang tergantung diserambi rumah... menyelami liuk lintuk cahaya kabur...
Tuesday, September 16, 2008
Kotak Hijau Hugo Boss di bulan Ramadhan...

kita mencipta
peristiwa-peristiwa
suka duka
dikala langit tenang
walau kadang-kala
hujan turun dengan rahmat Ilahi.
Ramadhan ini...
segalanya-galanya indah ceria
lagu-lagu
cerita-cerita
gambar-gambar
adalah satu lukisan kehidupan
ini semua anugerah tuhan
setahun sekali.
Aku melihat Ramadhan mulia
dengan mata hati harmoni
seolah-olah interpretasi
kisah novel cinta
yang dikelilingi haruman Hugo Boss kotak hijau...
Saturday, September 13, 2008
Catatan Shinri - Ramadhan 2008 - Siri 7 : "Karipap Mantap! yang sedap..."
Boleh dikatakan hampir setiap hari semasa waktu berbuka puasa & bersahur saya bedal "KARIPAP MANTAP" yang dibuat oleh seorang Kakak di Pasar Ramadhan...(tempat dirahsiakan...he..hee..heee..). Sedap beb! Dia punya isi penuh lagi mantap. 3 Seringgit...tapi kadang-kadang kalau saya beli lebeeeh... itu Akak kasi percuma 2 kalipap mantap! huhuhuuu... Namapak gaya sebulan berpuasa maka sebulanlah saya cekal membaham dengan rakus itu karipap yang ada 3 perasa: Karipap Daging, Karipap Kentang & Karipap Keledek. My favourite is Curry Puff Keledek! perrgghhh...dia punya rempah...tak terkata...
Selepas berselera membedal karipap mantap...maka mantapkanlah pula solat sunat tarawikh. Kadang-kala pergi jemaah dekat Mesjid. Kalau penat buat sendiri-sendiri kat rumah.
Kalau mahu rasa Karipap Mantap...kena buat Puasa Mantap! yeeeaah...baby...
Akhir kata, sebelum makan baca Bismillah...jangan lupa.
Friday, September 12, 2008
Catatan Shinri : Ramadhan 2008 - Siri 6

(Foto oleh Moderator indie. Lokasi: Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur)
Saya suka sekali melepak (iktikaf) di Masjid semasa bulan puasa. Biar pun sekejap. Biarpun hanya 15 minit. Namun nikmat ketenangan yang dikecapi oleh roh dan hati sanubari saya tak terkata...
Didalam Masjid saya suka termenung...err...maksud saya...bermuhasabah diri. Cuba membersihkan hati dengan berfikir dan memohon keampunan daripada Allah swt. Cuba menerima bahawa...manusia lemah...kekayaan sebenarnya datang daripada Allah swt...mengakui manusia tidaklah sekuat mana... luka sedikit dah tentu berdarah. Menerima bahawa Tuhan telah memberi kita jutaan nikmat tak terperi namun berapa banyak diantara kita yang tahu bersyukur dan berterima kasih ya?
JIka kita merasa diri kita hebat...ada lagi orang lain yang lebih hebat.... Maka selalu-selalulah merendah diri kepada Allah swt... Sesunguhnya kita ini terkadang cepat lupa diri dan lalai dengan nikmat sedikit yang diberikannya...
Maka lafazkanlah :
"Astaghfirullah... Astaghfirullah...Astaghfirullah..."
Lafazkanlah didalam hati. Sesungguhnya Allah itu kan Maha Mendengar. Moga-moga kita diampun Tuhan...
Thursday, September 11, 2008
Catatan Shinri : Ramadhan 2008 - Siri 5
Ada seorang teman mengadu dia lapar masa berpuasa. Eeh! Puasa mestilah lapar, tak akan kenyang pula? Keh...keh...keh...
Barangkali bukan itu maksud teman saya. Mungkin dia saja-saja bercakap sebab mahu memulakan topik perbualan. Teman saya kuat pegangan agamanya. Belajar ilmu agama setaraf ‘Maulana’.
Tapi bukan tentang teman itu yang saya ingin perkatakan... Dia lebih arif. Yang ingin saya perkatakan disini ialah berapa ramai daripada kita sering mengadu keluh kesah dek kerana lapar semasa sedang berpuasa? Bukankah kita ini berpuasa ikhlas kerana ALLAH swt...
Saya lapar tidak gusar... paling ‘teruji’ takala cuaca panas... dah tentu tekak kering haus air.
Sabar. Sabar. Sabar. Sesungguhnya kita berpuasa semata-mata kerana ALLAH swt...
Thursday, September 04, 2008
Catatan Shinri - berjalan-jalan di petang Ramadhan 2008 - Siri 4
Kalau orang luar sekali tengok foto diatas pasti ramai daripada mereka yang menyangka sesuatu yang dasyhat dan huru-hara telah berlaku. Sampai berkepul-kepul asap naik keatas awan. Bila mat-mat saleh itu pergi tinjau dengan lebuh dekat lagi pasti mereka akan tersenyum manja sambil air liur berkecur-kecur meleleh melihat betapa lazat makanan yang terhidang didepan hidung. Pelabagai resepi terkumpul di Pasar-Pasar Ramadhan disekitar Malaysia. Unik lagi Ironik.
Baru depa tau betapa aman & harmoninya negara beta.... Syukur Alhamdulillah. Cuma petang-petang jer ada berlaku sedikit huru-hara, sebab berebut nak belai juadah berbuka puasa. Biasa laaa tue.
Lokasi foto : Pasar Ramadhan Setiawangsa Kuala Lumpur. Gambar ditangkap pada hari puasa yang ke-2. Berpeluh-peluh saya dibuatnya...
Persiapan Aidilfitri telah bermula...


Syabas buat Shopping Kompleks Bukit Bintang Plaza! Terima kasih kerana sudi memeriahkan hari raya umat Islam di Malaysia. Tak macam sesetengah Shopping Kompleks tu, yang bila masa bulan Ramadhan aku terasa bukan macam duduk kat Malaysia, tetapi lebih macam rasa suasana menetap kat New York! Sebab banyak pokok pine dan Santa Claus... bila kebetulan Raya Natal dan Aidilfitri jatuh pada bulan yang sama. Pelik...sebab majoriti kat Malaysia sambut Hari Raya Ketupat? Salahkah aku sekadar mengajukan satu persoalan yang telah lama bermain difikiran ini? Patut kena adil la kan....isshhh...
Lagi sekali Tahniah kepada BB PLAZA! Bravo!
Catatan Shinri - Ramadhan 2008 - Siri 3

Semoga kesempatan bertarawikh ini akan dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Kita ini manusia biasa yang sentiasa berdosa. Bulan dinugerahkah kepada seluruh umat islam untuk memperbaiki diri dan amalan yang bakal dibawa keakhirat kelak.
Solat didalam Masjid yang teradapat air-cond memang mendamaikan...
Kita beruntung kerana di Malaysia, umat islam dapat beribadat dengan tenang dan harmoni tanpa takut dengan pelbagai ancaman seperti di negara Palestina, IraQ dan Afghanistan misalnya. Tiada pihak yang akan mengebom kita jika kita terus menerus ber’iktikaf didalam Masjid.
Kita dapat beribadat dengan khusyuk dan jiwa yang tenteram. Berzikir lah sepuas-puasnya sampai mata mengantuk. Jadi kenapa tunggu lagi?
Wednesday, September 03, 2008
kurma rotab dari Tehran...
Catatan Shinri - Ramadhan 2008 - Siri 2

Setelah satu hari menahan lapar dan dahaga, bila berbunyi sahaja azan di masjid atau kaca tv, punyalah nikmat. Kena pula dapat menghirup air tembikai....perrghhhhhh...nikmat tak terkata!
Nikmat berbuka satu hal, yang paling sedap adalah nikmat mengharungi puasa sebulan itu sendiri. Dengan solat tarawikhnya dan moreh semua sekali. Malam sentiasa hidup. Waktu pagi juga orang akan sibuk makan sahur.
Itulah puasa dan itulah nikmatnya. Nikmat yang paling besar adalah nikmat mendapat keampunan Allah swt.... Bila manusia mendapat keampunan daripada Pencipta-NYA maka dengan sendiri hati akan menjadi lebih bersih dan hidup bertambah-tambah ceria...Insha’allah.
Amalkan ini:
Subahnallah wa bihamdih.
Subhanallah wa bihamdih.
Subhanallah wa bihamdih.
Amalkan sepanjang masa, dan kita lihat apa yang terjadi...
Tuesday, September 02, 2008
Catatan Bro' Shinri - Ramadhan 2008 - Siri 1
Tanda cinta daripada Tuhan.
Dimanakah kita pada Ramadhan 2008 ini? Kemanakah arah tujuan kita? Diterimakah puasa kita ini? Atau barangkali kita lebih terkhayal dengan lauk pauk dan kuih manis Pasar Ramadhan...
Anugerah Ramadhan Al Mubarak ada tanda cinta daripada Tuhan. Itu dalam kotak fikiran saya. Anda bagaimana ya?
Ada orang sangat takut dengan lapar dahaga, sampai terlupa kita berpuasa untuk siapa? Hikmah hanya datang kepada mereka yang sudi memberi dengan hati yang ikhlas...
Biarlah lambat-lambat
Jikalau boleh Bulan Ramadhan biarlah 'lambat-lambat' berakhir. Kerana saya ingin menikmati seadanya. Roh saya dapat merasakan rahmat Allah swt. sedang mencurah-curah turun dari langit alam. Dengan itu saya ingin bermandikan rahmat Tuhan. Tak salahkan?
Monday, September 01, 2008
Tazkirah di Ramadhan pertama...

Wasalam.