MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
selamat menyambut 50 tahun kita merdeka... bebaskan minda kita dari penjajahan kolonialism dan imperialism... sama-sama kita kembali kepada ISLAM. Allahuakbaaar!
Friday, August 31, 2007
Wednesday, August 29, 2007
Erti 50 Tahun Merdeka?

Siapakah orang ini? Cuba teka...
ASSALAMUA’LAIKUM,
Kepada para pengunjung Blog yang dirahmati ALLAH swt. Tinggal satu hari sahaja lagi Rakyat Tanah Melayu (Malaysia) akan menyambut hari kemerdekaan kali yang ke-50.

Jadi saya sebagai hamba yang naif ini sekadar ingin bertanya kepada Tuan / Puan : Apakah erti “50 TAHUN MERDEKA” yang sebetulnya?
Diharap jika ada sesiapa yang sudi memberi komen maka bolehlah meninggalkan komen-komen bernas saudara /saudari diruangan commentary, agar hamba yang naif ini dapat mengerti apa itu “MERDEKA!!!”?
Sekian…wabillahi wal taufiq wal hidayah…

Tuesday, August 28, 2007
Kisah Sufi 3
(Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kisah mukasyafah para wali Allah swt terus menerus dihidangkan...terimalah seadanya..."yang baik dijadikan teladan, yang buruk buat lah sempadan".)
3. HASAN AL-BASRI
Sebelum Hasan menjadi seorang sufi, beliau ialah seorang jauhari (peniaga intan berlian). Satu hari beliau pergi ke satu tempat bernama Rum (di Asia Minor) kerana berniaga, dan pergi berjumpa menteri sultan. Menteri itu berkata kepada beliau, “Anda hendaklah menunggu beberapa hari lagi kerana pada masa ini menemankan sultan dalam satu kerja pentingnya. Jika anda mahu, anda boleh bersama kami.” Hasan pun berangkatlah bersama sultan, menteri dan lain-lain. Mereka masuk ke satu hutan yang luas.
Ditengah hutan itu ada terdiri sebuah khemah yang hebat, yang dikawal oleh askar-askar. Pegawai-pegawai tentera masuk ke khemah itu dan kemudian keluar. Kemudian mereka berjalan mengelilingi khemah itu, dan kemudian pergi. Setelah itu tiba pula orang-orang tua yang terhormat masuk ke khemah itu, berkata sesuatu, kemudian keluar, lalu mengelilingi khemah itu dan pergi. Kemudian datang pula golongan pakar-pakar perubatan dan berbuat begitu juga. Kemudian giliran 200 orang gadis yang cantik-cantik pula berbuat demikian. Akhirnya datanglah sultan dengan menterinya; baginda masuk kedalam khemah itu, berkata sesuatu, keluar dan mengelilingi khemah itu dan terus pergi.
Hasan hairan melihat peristiwa itu. Beliau bertanya kepada menteri yang menemaninya itu. Kata menteri tersebut, “Sultan itu mempunyai anak yang lawa dan berani telah meninggal dunia disini. Anak itu dikuburkan di tempat khemah itu terdiri. Tiap-tiap tahun kami mengunjungi tempat ini dan melakukan upacara yang tuan baru saksikan tadi. Mula-mulanya pihak tentera pergi kekubur itu dan berkata kepada yang berkubur disitu iaitu anak raja itu, ‘Jikalah dengan senjata kami, dapat kami menyelamatkan kamu dari Tuhan Kematian, akan kami korbankan nyawa kami untuk menyempurnakan tujuan itu, tetapi apakan daya kami tidak berupaya’.
Kemudian datang pula pihak candakiwan yang berkata, ‘Jikalau ilmu dan pengalaman kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya.’ Kemudian datang pula pihak tabib, berkata, ‘Jika ubat-ubat kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, tentu kami akan berusaha menyelamatkan kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya’. Kemudian pihak gadis yang canti-cantik itu pula berkata, ‘Jikalau kecantikan kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, nescaya kami korbankan apa saja untuk kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya’.
Selepas itu, datang pula sultan, ditemani menteri-menterinya dan berkata, ‘Anakku! Kami berusaha sedaya upaya dengan kekuatan tentera, tabib-tabib, dan lain-lain untuk menyelamatkan kamu dari mati, namun takdir tuhan itu tetap berlaku jua. Selamatlah kamu tinggal disini dan kami akan datang lagi tahun depan, pada masa ini juga’.”
Peristiwa ini sangat mengharukan fikiran Hasan dan mengubah sikapnya. Beliau menghabiskan hidupnya dengan beribadat kepada Allah dan bersedia untuk menghadapi mati. Beliau kembali ke Basrah. Perniagaannya ditinggalkan. Beliau pergi jauh dari manusia ramai dan bersumpah tidak akan senyum sepanjang hidupnya. 70 tahun lamanya beliau tidak henti-henti beribadat kepada Allah swt. Dalam hidupnya hanya satu sahaja keperluan dan tujuannya iaitu Allah swt. Dia tidak peduli apa sahaja selain Allah swt.
Apabila Rabi’atul Adawiyyah Al-Basriyyah (803 Masehi) tidak datang menghadiri syarahan Hasan, ia tidak akan member syarahan hari itu. Orang bertanya kenapa beliau bersikap demikian. Jawabnya, “Serbat yang ada didalam bekas untuk gajah didapat dimuatkan dalam bekas untuk semut.”
Semasa beliau bersyarah dalam keadaan dzauk (mabuk terhadap Allah swt), beliau berterima kasih kepada Rabi’atul Adawiyyah dengan katanya, “Saya berterima kasih kerana berkat mu, membawa ku ke dalam mabuk cinta kepada Allah (dzauk).”
Beliau pernah ditanya, “Apakah Islam, dan siapakah orang Islam?” Hasan menjawab, “Islam itu dalam kitab-kitab dan orang Islam itu dalam kubur.”
KATA-KATA HASAN :
1. Janganlah kamu tinggalkan amalan ugama mu kerana takutkan musuh yang mengganggu kamu. Bahkan mereka itu mengganggu Allah swt.
2. Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam kubur.
Biasanya Hasan menulis dosa-dosa yang dilakukannya pada pakaiannya semenjak dahulu lagi. Beliau selalu melihat tulisan tersebut. Kadang-kadang beliau akan menangis hingga jatuh pengsan apabila dosa yang dilakukannya itu.
Satu ketika, Hasan berserta dengan beberapa orang lain, sedang pergi ke Ka’abah. Tengah jalan mereka sampai ke satu perigi, mereka semuanya dahaga tetapi mereka tidak ada tali timba untuk mengambil air telaga itu. Hasan pun berkata, “Saya hendak sembahyang. Semasa saya sembahyang tuan-tuan akan lihat air itu naik keatas , tuan-tuan bolehlah minum air itu untuk menghilangkan dahaga.’Perkara itu benar-benar berlaku. Tetapi ada seorang daripada mereka itu, setelah minum sepuas-puasnya, telah mengisi bekas airnya untuk kegunaan masa depan. Air itu dengan tidak semena-mena turun kebawah semula. Apabila beliau ditanya tentang peristiwa ganjil itu, Hasan menjawab, “Itu adalah kerana kurangnya imanmu untuk bertawakkal bulat-bulat kepada Allah swt.”
Hasan sangat merendahkan dirinya sehingga dianggap dirinya itu lebih hina dari segala yang lain. Satu hari, ditebing sungai Dajlah, beliau Nampak seorang lelaki sedang duduk dengan seorang perempuan muda dan sebotol arak ada dihadapan orang itu. Terlintas difikirannya, “Alangkah jahatnya orang itu! Alangkah baiknya jika dia seperti aku.” Tatkala itu datang sebuah perahu dan tidak jauh dari orang itu. Perahu itu beransur-ansur tenggelam. Ada 7 orang dalam perahu itu pun hampir-hampir mati lemas. Orang itu pun segera melompat kedalam sungai itu dan menyelamatkan 6 orang dari 7 orang itu dari mati lemas. Kemudian orang itu berpaling kepada Hasan dan berkata, “Jika kamu lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah orang yang seorang lagi itu. Kamu hanya selamatkan seorang, tetapi aku selamatkan 6 orang.” Tetapi Hasan tidak dapat menyelamatkan orang yang seorang lagi itu. Orang itu berkata kepada Hasan, “Tuan, orang perempuan disisi saya itu ialah ibuku, dan botol itu mengandungi air sahaja. Peristiwa ini adalah untuk menguji tuan.”
Mendengarkan itu, Hasan jatuh terduduk, lalu berkata, “Seperti tuan telah menyelamatkan 6 orang, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam air kebanggaan dan kesombongan.” Orang itu menjawab, “Moga-moga Allah swt. kabulkan kehendakmu!” Hasan terasa yang kehendaknya telah terkabul. Semenjak itu, beliau sangat merendahkan diri. Apabila melihat seekor anjing, beliau berkata, “Ya Allah! demi anjing yang baik ini, terimalah aku sebagai hamba Mu.”
Hasan berkata bahawa 4 peristiwa yang memberinya pengajaran besar dalam hidup:
1. Satu hari saya tarik pakaian seorang kasi (orang pontong) kerana berseloroh. Orang itu berkata, “Kembalikanlah pakaian itu, kerana tidak tahu keadaanku yang sebenarnya.” Tiba-tiba terlintas difikiranku, bagaimana pula kedudukan kita diakhirat kelak jika kita ditelanjankan dan semua dosa kita itu diperlihatkan?
2. Seorang mabuk sedang menggelupur dalam lumpur. Saya katakana kepadanya supaya berhati-hati agar tidak tenggelam. Orang itu berkata, “Hasan, jika aku tenggelam, aku sendiri yang menderita. Tuan jagalah diri tuan. Jika tuan jatuh, semua pengikut mu akan tenggelam sama.”
3. Suatu hari seorang budak (kanak-kanak) membawa lampu yang bernyala. Saya tanya dia dari mana dia bawa api itu. Kanak-kanak itu pun memadamkan lampu itu dan berkata, “Beitahu kepadaku kemana perginya api yang bernyala pada lampu itu?”
4. Suatu hari seorang perempuan yang jelita berlari dijalanraya dengan kepalanya tanpa tudung sambil merungut tentang suaminya. Saya suruh dia menutup kepala dan mukanya. Perempuan itu berkata, “Cinta kepada suami telah menghilangkan fikiranku hingga aku tidak sedarkan diriku dan kelilingku. Jika tuan tidak memberitahuku yang kepala dan mukaku tidak tertutup, maka tidaklah aku tahu. Aku akan berjalan seperti ini dijalan ini. Tetapi hairan juga aku, hai Hasan, tuan berpura-pura sebagai seorang pecinta Allah swt, dan tuan sedar kepada apa sahaja yang terlintas dihadapan tuan, dan pancaindera tuan masih ada kesedaran pada yang lain. Apakah cinta Allah swt. yang ada pada tuan itu?”
PENDAPAT HASAN:
1. Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.
2. Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah swt.
3. Mengumpulkan harta-benda lebih buruk daripada meminum arak yang mana adalah dilarang oleh Al-Kitaab.
4. Siapa yang memencilkan dirinya akan selamat. Siapa yang memisahkan dirinya dari nafsunya akan merasai kebebasan.
5. Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan disitu membina bangunan akhirat adalah orang yang bijak.
6. Barangsiapa yang kenal Allah swt. menganggap dunia ini sebagai musuhnya, dan siapa yang kasih akan dunia akan menjadi musuh Allah swt.
7. Orang yang membuang amalan ruhaniah dan menggantikannya dengan bermurah hati kepada dunia, cuba menegapkan cara-caranya yang jahat itu, adalah orang yang rosak.
8. Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan dihinakan oleh Allah swt. Siapa yang menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.
9. Allah swt. berfirman dalam Al-Qur’an, “Aku akan ampunkan kamu dari segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku.”
Hasan ditanya, “Bagaimanakah kamu?”
Beliau menjawab, “Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu dan terapung-apung didalam air.”
Wallahu’alam…

Saturday, August 25, 2007
Somali Hadra/Mawlid in Lefke with Shaykh Nazim Al-Haqqni
ini antara clip video yang buat saya excited dengan naqshabandi haqqani...puas hati.
Friday, August 24, 2007
Kata ini untuk awak...

Salah satu kegemaran saya semenjak dahulu sehinggalah membawa kepada sekarang ialah 'tulis sajak'. Sebab utama mengapa saya suka menulis, (salah satunya sajak) adalah kerana saya suka kepada kreativiti. Yaa...sememangnya saya semenjak dulu memang kreatif walaupun tidak produktif. Oleh itu saya akan terus tulis sajak...
Ini adalah salah satu sajak didalam koleksi peribadi yang menjadi "favourite' saya hingga kini...Sentimental value maaa...hmm...Nah ambil ini !
buat seorang teman dizaman sekolah...

Untuk mu...
Kata ini untuk mu :
Bila awak selalu mendampingi saya
terima kasih
diluar sana ramai yang kejam
tapi awak lain
saya tahu apa yang awak tak tahu
Ingat tak dulu?
Alaa... kisah dulu-dulu
saya terpinggir
awak datang bukan sekadar datang
sebab mereka layan saya seperti binatang
Awak...
saya sukakan awak...
tapi saya tak tahu cara nak ucap
maafkan saya awak...
Saya menunggu disini
kenapa tak datang?
awak benci?
awak terlupa?
atau awak bersama kawan-kawan
Ooh...maaf saya terlupa, awak sibuk
Tapi...eemmm...
tapi saya bukan nak menyibuk
dibawah pohon kayu berusia ratusan tahun
saya mula melukis
saya bukan melukis pokok
segan nak beritahu
saya lukis wajah awak!
Cuma lukis gambar awak...
redup wajah awak
sinar mata awak
senyuman tulus awak
segala-galanya tentang awak...
mengubati luka hati
tapi sayang...
awak belum sampai
Awak...
saya masih disini
masih mampu berdiri
saat saya tutup kelopak mata
terbayang
air wajah awak bercahaya
Saya perasan
saya tahu
saya petik bunga tadi
bunga-bunga kuning air
"daffodil lament"
harap sudi terima seadanya...
hati saya ingin sangat bersama awak
mungkin saat ini saya manusia paling sunyi
tapi saya tidak salahkan sesiapa
sebab saya suka bersendiri
Awak...saya menanti sehingga malam
bintang-bintang berkerdipan indah
angin lembut membelai wajah
saya masih terus memikirkan tentang diri awak
biarkan saya berbaring diatas rumput
irama alam sangat menenangkan
namun jika saya terlena
jangan terlupa kejutkan saya
kerana saya terlalu ingin
disaat ini
menatap wajah awak.....
Ini kata-kata untuk awak
tidak indah sangat
tapi kata-kata ini,
hanya untuk mu...
(p/s : awak... saya rasa ingin menangis gembira kerana awak hadir dalam hidup saya walau hanya seketika...terima kasih awak!)
Sajak ini dicipta pada hari Rabu 27.10.204 Ramadhan ke-12
hmm...jangan nangis tau...heheheee...
Berita hiba...
PENGUMUMAN :
Dua orang staff Saba telah pun pergi meninggalkan kami. Jangan salah sangka meninggalkan kami itu maksudnya Berhenti Kerja atau dengan kata lain Letak Jawatan. Ana Suriayani (Orang kuat IIF 2007) dan Brother Nasir (Pemandu Van merangkap Bekas Partner Michael Schumacher dalam Formula 1) telah pun berhenti kerja pada awal bulan Ogos lalu.
Ana mengambil keputusan meletakkan jawatan penting kerana mengikut suaminya Encik Mazlan @ YB Mazlan hehee... (PC technician) berpindah ke Penang. Wah...Wahhh...pueh makan nasi KandaQ noo...Kiranya berubah angin la ni. Iskk...issskk...sedihnyer Sister Ana dah takder.
Sementara Brother Nasir berhenti diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Apapun segala kebaikkan dan kenangan bersama mereka tetap TERPAHAT DI HATI KAMI. Dengan hati yang tulus ikhlas KAMI mengucapkan Selamat Berjaya Dunia Akhirat. Semoga mereka mendapat keredhaan ALLAH swt.
JANGAN LUPAKAN KAMI DISINI. Senang-senang call la kan, takpun hantar email. Kalau rindu sangat datang je sini. Kita bukak pose ramai-ramai masa bulan ramadhan nanti. Bulan rahmat ni bukan lama lagi pun.
Akhir kata buat Sister Ana Suriayani & Brother Nasir, "GOOD LUCK TO BOTH OF YOU and FRIENDSHIP FOREVER..."
Ada rezeki kita jumpa lagi di lain hari. Insya'allah. Babaaaiii. WE"RE GONNA MISS U SO MUCH...but life must go on...and on..and on...and on again.
Maka ALLAH swt jualah yang kekal selamanya...

Thursday, August 23, 2007
buat diri sendiri...
The Crush - OaG
I had a crush
I'm crushing on you
When the fun is going on
Did she blow the smoke
Into my dream
I dreamt about heaven and hell
You were an angel
And i was the devil himself
I had a crush
Crush on you
Yes it's true
Well i had a crush
Crush on you
Yea it's true
Well i had a crush on you
No one but you
I had a crush
I'm crushing on you
O this must be heaven
I did she smile
When we sweet spoke together
And i remember
I had this dream
I was tripin with you
I'm your lucifer
And you were the goddess herself
Yes i had a crush (crush)
Crush on you
Yes it's true
Well i had a crush
Crush on you
O yea it's true
Well i had a crush
Crush on you
No one but you
O you were the goddess herself
I had a crush
Yes it's true
I had a crush
Crush on you...
I'm crushing on you
When the fun is going on
Did she blow the smoke
Into my dream
I dreamt about heaven and hell
You were an angel
And i was the devil himself
I had a crush
Crush on you
Yes it's true
Well i had a crush
Crush on you
Yea it's true
Well i had a crush on you
No one but you
I had a crush
I'm crushing on you
O this must be heaven
I did she smile
When we sweet spoke together
And i remember
I had this dream
I was tripin with you
I'm your lucifer
And you were the goddess herself
Yes i had a crush (crush)
Crush on you
Yes it's true
Well i had a crush
Crush on you
O yea it's true
Well i had a crush
Crush on you
No one but you
O you were the goddess herself
I had a crush
Yes it's true
I had a crush
Crush on you...
Wednesday, August 22, 2007
Turkish Ilahis Sufi Music 1
nikmati satu melodi ketuhanan buat penggemar halwa telinga.
"Kami tenggelam dalam kebesaran mu Wahai Allah!"
Lagi Foto Masa Lepas Concert iif 2007
Sunday, August 19, 2007

Hari ini saya belajar sesuatu...... sesuatu yang baru.
Friday, August 17, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)