Saturday, June 02, 2007

Umat islam semakin hari semakin berpecah. Banyak kumpulan dan banyak mazhab. Saya tertanya sampai bila kita harus berpecah ibarat sampan pecah. Kalau di Malaysia gerakan islam dan jemaah islam pun ada macam-macam. Semoga kita semua bersatu dibawah tuhan yang satu....ALLAH swt. Umat islam ramai tetapi kebanyakkannya kena tindas sebab lemah. Maka Syaitan Besar macam Amerika boleh buli kita.

Kita terpecah kepada dua mazhab besar Sunni dan Syiah. Bermusuhan sesama sendiri tidak akan membawa sebarang faedah. Saling berbunuhan sesama sendiri, itu kerja bodoh namanya. Kenapa umat islam sekarang semakin tertindas? Saya rasa faktor terbesar kita kurang berilmu. Salah satu cara mahu menjadi manusia berilmu ialah dengan MEMBACA. Namun kalau kita lihat di Malaysia memang ramai daripada rakyat yang malas membaca. Kita semacam lebih mahu berhibur. Terlalai dengan hiburan yang kebanyakkan lebih berbaur maksiat. Akademi Fantasia, Gang Starz, Mentor (sekadar beberapa contoh) akan lebih membuatkan anak muda kian terlonjak-lonjak laksana orang mabuk parti.

Berkenaan hal baca membaca memang kita lemah sikit. Saya rasa bukan sikit tapi lemah banyak. Sepatutnya membaca menjadi satu hiburan minda dan santapan rohani. Al Quran adalah satu bentuk pembacaan yang terbaik. Bisa memberi kesan kepada jasad, roh serta emosi. Baca Al Quran jika tahu akan maksudnya adalah yang paling bagus. Jadi sama-samalah kita terus membaca Wahyu Agung ALLAH. Insya'allah. Mari kita mulakan denga membaca surah YaaSiin...Aduhai kan bagus kalau begitu.

No comments: