Ubat kepada hati yang sedang merana sakit ialah Zikrullah. Mengingati Allah sebanyak yang mungkin. Penyakit hati ada macam-macam jenis dan fesyen. Hasad dengki, mudah putus asa, dendam, lalai, mengumpat dalam hati, benci, marah dan pelbagai ragam lagi. Bila hati dah kena penyakit tersebut maka semakin senanglah kerja Iblis Laknatullah dan Syaitan menjalankan tugasnya. Penyakit hati kalau telah semakin parah memang payah sikit nak ubah. Maka ubatilah ia dengan bermujahadah kepada Allah swt. terus menerus. Insya'allah nanti makin sembuh lah ia. Bermuhasabah dan terus Bertaqarub lah kita semua. Manusia wajib mempunyai mata hati yang jernih supaya akal fikiran akan turut menjadi suci. Jasad juga akan menjadi semakin sihat. Sujudlah sebanyak yang boleh dengan selalu mengerjakan solat-solat sunat Rawatib supaya dosa-dosa kita diampunkan Ar Rahman. Merendah dirilah selalu kepada Allah. Hormat kepada Ar Rahim. Insya'allah hidup kita dirahmati Nya serta mendapat petunjuk taufiq serta hidayah. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Wallahua'lam...
1 comment:
kalau sakit hati telan penadol boleh baik ke?
Mr. Bulu
Post a Comment