Tuesday, June 26, 2007

sujud sebenar seorang hamba


Seorang alim pernah bersuara "Selagi kita sujud itu bermakna kita adalah hamba". Dalam kata-kata itu, hingga saya terasa hiba seketika. Terfana dengan bahasa yang penuh bermakna. Namun didalam dunia ini berapa banyak manusia yang sujud penuh tawadhuk? Ramai diantara manusia merasa dirinya besar didalam sujudnya. Gerak sujud didalam solat sebenarnya penuh rahsia tersendiri. Sujud didalam solat bermakna merendahkan diri dihadapan ALLAH swt. Jangan jadi laksana Iblis Laknatullah yang begitu sombong dan angkuh tidak mahu sujud kepada Nabi Adam as. apabila disuruh sujud oleh Allah swt. Jadi harapnya perbanyakanlah sujud kepada Ya Rahman nu Ya Rahim. Semoga tempat kita bersujud didalam solat bakal menjadi saksi di akhirat nanti. Rendahkanlah hati dengan menganggap kita adalah hamba yang betul-betul hamba abdi. Manusia yang takabur dan mempunyai perasaan riak serta sombong didalam hatinya hanyalah menunjukkan kebebalan diri sendiri. Mahu sombong dan angkuh kepada siapa agaknya???

No comments: