398. Dari Zainab Ats Tsaqafiay ra. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat 'Isya berjemaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu."
(Shahih Bukhary jilid 1, hal 226)
Friday, April 27, 2007
Wednesday, April 18, 2007

(Shahih Bukhary Jilid 4, hal 68)
Monday, April 16, 2007
Perumpamaan Solat
300. Dari Abu Hurairah ra. katanya, dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Bagaimanakah pendapat anda sekalian, jikalau sebuah sungai mengalir dekat pintu rumah anda; kemudian and mandi di sungai itu 5 kali sehari. Masih adakah daki yang tinggal dibadannya?"
Jawab mereka, "Tidak tinggal sedikit pun."
Sabda beliau, "Begitulah perumpamaan solat yang 5 waktu; Allah menghapuskan dengannya segala kesalahan."
(Shahih bukhary 1, hal 183)

98. Dari Abu Hurairah ra; ia berkata bahawasanya Rasulullah saw. telah bersabda: "Allah telah berfirman : "Aku bersama hamba KU selama ia ingat AKU dan kedua bibirnya bergerak menyebut nama KU ".
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Ibnu Habban. Imam Bukhori menuturnya dengan ta'liq.)
*Bulughul Maram min adillatil ahkam

Friday, April 13, 2007
Dari Jabir ra. ia berkata: "Seorang lelaki masuk pada hari Jumaat diwaktu Nabi sedang berkhutbah. Beliau bertanya: Sudahkah engkau solat?"
Jawabnya: "Belum".
Sabda beliau: "Berdirilah dan lakukanlah Solat 2 raka'at!".
(Hadith Riwayat Muttafaq alaihi.)
Keterangan:
Hadith ini menunjukkan bahwa Solat Tahiyyatul Masjid 2 raka'at tetap dilakukan pada waktu Khatib sedang berkhutbah.
(Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam)

Wednesday, April 11, 2007
AL INSYIRAAH
Surah ke-94
Diturunkan di Mekkah - 8 ayat.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan daripada mu: beban mu (menyiarkan islam) -
3. Yang memberati tanggungan mu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagi mu: sebutan nama mu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?***
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan mu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain),
8. Dan kepada Tuhan mu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Tuesday, April 10, 2007
Ibnu Abbas ra. menceritakan: "Nabi saw. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekkah. Lalu kedengaran oleh beliau suara 2 orang sedang disiksa didalam kuburnya.
Maka berkata Nabi saw., "Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar."
Kemudian Nabimelanjutkan perkataannya, "Yang seorang disiksa kerana kencing ditempat terbuka, (*1) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan."
Sesudah itu Nabi menyuruh ambil sebuah pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh beliau, dan di letakkannya di atas kedua kuburan itu masing-masing sepotong.
Seseorang bertanya, "Ya Rasulullah! Mengapa anda lakukan itu?"
Jawab Nabi, "Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan, selama pelepah tamar itu tidak kering."
(*1) Dalam hadis lain riwayat bukhary juga, "Orang yang buang air kecil dan tidak bersuci sesudah itu."
(Shahih Bukhary, Jilid 1, hal 96, no: 149)

KEROHANIAN 2
1. Contoh Kehidupan Nabi Muhammad saw.
sambungan dari artikel pertama....
Sebelum Nabi menyatakan dirinya sebgai pesuruh Allah, beliau bertahun-tahun pergi menyisihkan diri, samadi atau khalwat berhari-hari, bermalam-malam sendirian di Gua Hira'. Dlm khalwat beliau duduk bertafakkur pada segala af-al Allah, berzikir terus menerus semata-mata mengingati Allah dgn ikhlas dan sempurna, sehingga biasa terputus hubungannya dgn yg lain daripada Allah.
Hidup Zuhud/Sederhana dianjurkan oleh Nabi Muhammad.
Cara hidup beliau adalah sangat sederhan pakaiannya, makanannya yg sekerat roti, sebiji tamar dan seteguk air. Sebaliknya ibadatnya banyak, solat jauh malam dan kadang2 menangis dlm melakukan solat, semuanya itu adalah kehidupan ideal yg dirindui ole ahli2 Tasawwuf.
Pada suatu hari datanglah Jibril kpd Nabi Muhammad menyampaikan salam Tuhan dan bertanya, "Manakah yg engkau suka Ya Muhammad, menjadi seorang Nabi yg kaya raya seperti Nabi Sulaiman atau menjadi Nabi yg miskin seperti Nabi Ayub? Lalu beliau menjawab, "Aku lebih sukakenyang sehari dan lapar sehari. Jika kenyang, aku bersyukur kpd Allah. Jika lapar, aku bersabar atas cubaan Tuhanku".
Kehidupan yg demikianlah beliau anjurkan pula kpd umatnya. Rasulullah bersabda, "Zuhudlah terhadap dunia supaya tuhan mencintai mu. Dan zuhudlah pada yg ada ditangan manusia supaya manusia pun cinta akan engkau." (Di riwayatkan Ibnu Majah, Tabrani dan Baihaqi). Lagi pula beliau bersabda:
"Apabila Allah menghendaki seseorang hambanya menjadi org baik, diberinyalah faham rahsia2 agama, ditimbulkannya rasa zuhud terhadap dunia dan diberinya anugerah dapat memandang yg ghaib dan kecelaan dirinya sendiri" (Baihaqi). Bilamana kiata perbandingkan dgn kehidupan orang2 zahid dan Abid iaitu ahli2 Tasawwuf yg datang kemudian, dapatlah dgn mudah meneliti persamaan kehidupan mereka dgn kehidupan Nabi Muhammad dlm hidup kerohanian. (*)
Demikianlah Imamul Al Ghazali berpendapat, "Bahawa aku yakin benar-benar kaum suiyah itulah yg benar2 telah menempuh jalan yg dicontohkan oleh Nabi dan yg dikehendaki oleh Allah Ta'ala.
Selanjutnnya Al Ghazali berpendapat, "Bahawa mendekati Tuhan merasa adanya Tuhan dan Ma'rifat Tuhan, hanya dapat dicapai dgn menempuh satu jalan, iaitu jalan yg ditempuh oleh kaum Sufi.
(*) Tasawwuf dari abad ke abad oleh: Hamka
Dipetik dari "Kunci Memahami Ilmu Tasawwuf oleh Dr. Mustafa Zahri. Terbitan pt bina ilmu 1979.

Monday, April 09, 2007
DALAM SOLAT

"Maka beribadatlah kepada-Ku dan dirikanlah solat bagi mengingati-Ku" (Surah Taha:14)
Soalan 46 :
Setiap kali nak memulakan solat, kita selalu sebut "usolli...". Kalau tak sebut tak sahkah solat kita?
Jawapan :
Ah...ha. Ramai orang terkeliru dalam bab ini. Ramai juga yang menganggap tak sah solat kalau tak sebut "usolli...". Mesti kena sebut contoh :
"Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Ta'ala."
Ada juga yang berbincang berjam-jam lamanya membetulkan lafaz "usolli...". Sebenarnya lafaz "usolli..." ini bukanlah wajib. Dalam rukun solat, tak disebut pun bahawa wajib berlafaz dengan "usolli...". Cuma yang di sebut dalam kitah fiqah bahawa lafaz "usolli..." hanya sebagai perangsang bagi menghadirkan niat di hati.
Kadang-kadang lafaz "usolli..." ini boleh menganggu orang lain apabila diulang berkali-kali.
Ada juga ulama yang berpendapat bahawa melafazkan "usolli..." adalah bida'ah iaitu perkara baru yang direka dalam agama. Oleh itu, amalan lafaz "usollo..." mestilah dibuang.
Apa pun, sebenarnya sah solat walaupun tanpa lafaz "usolli..." dan sah solat juga jika berlafaz "usolli..."
###
Di tanah Arab, tak pernah jumpa pak Arab guna lafaz "usolli...". Ada seorang hamba Allah pergi umrah ke Makkah. Ketika nak memulakan solat, dia pun menyebut lafaz "usolli..." berkali-kali. Pak Arab yang berada di sebelahnya pun marah lalu berkata (terjemahannya) : "Aku tahulah engkau nak solat. Solat ajelah. Tak payahlah nak bagitahu dekat orang lain."
Rupa-rupanya lafaz "usolli..." bermakna "sahaja aku solat". Patutlah Pak Arab itu naik angin.
*Dipetik dari buku "Soal Jawab remeh-temeh tentang SOLAT tapi anda malu bertanya..." oleh Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

Maka ALLAH swt. menurunkan ayat: "Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik-baik menghapuskan perbuatan yang buruk-buruk."(*)
Laki-laki itu bertanya: " Ya, Rasulullah! Apakah ini untuk saya saja?" Jawab Nabi saw., "Untuk seluruh umatku!"
(Shahih Bukhary. Jilid 1, hal 182, no:298)
(*) Al Quran, Surah Hud, 11:114)
Sunday, April 08, 2007
BAB 2 KEROHANIAN
1. Contoh Kehidupan Nabi Muhammad saw.
Hidup kerohanian dalam Islam :
Hidup kerohanian dlm islam adalah di mulai dari peri kehidupan Nabi Besar Muhammad saw. dan para sahabat yg utama dan terdapat pula dlm kehidupan para Nabi2 terdahulu.
Nabi Muhammad saw. sebelum menghadapi pekerjaan besar yg akan menggemparkan dunia itu, lebih dulu beliau telah melatih dirinya dlm kehidupan kerohanian. Demikian juga dlm Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan beberapa sahabat2 teras lainnya.
Umat Islam seketika permulaan berkembangnnya agama islam itu, sahabat2 Nabi yg utama mencontohi kehidupan Nabi, telah dapat menggabungkan kehidupan lahir (duniawi) dgn kehidupan kerohanian di dlm hidup sehari-hari. Meskipun mereka menjadi Khalifah yg utam seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dimana segala warna kehidupan itu telah mereka pandangi dari hidup kerohanian. Hidup yg ditegakkan atas kemurnian jiwa dan kebersihan hati, memperkuat iman, keyakinan dan kekuatan batin.
Berkat hidup kerohanian kaum Muslimin di zaman Rasulullah, mereka contohi dari Nabi Besar Muhammad saw; mereka berjuang menegakkan satu Negara untuk ketinggian Agama ALLAH, sampai jatuh kekuasaan lawan-lawannya kebawah tapak kakinya, hancur singgahsana Kaisar Rom, runtuh mahligai Kisra dari Parsi dan terpeganglah nak kunci Barat dan Timur, kekayaan melimpah-limpah, harta benda bertimbun-timbun, namun semua itu bukan tujuannya, hanya barang2 yg kebetulan bertemu ditengah2 jalan dlm menuju tujuan yg paling besar iaitu kpd jalan ALLAH swt.(*)
*Tasawwuf dari abad ke abad oleh : Hamka
Dipetik dari buku berjudul "Kunci Memahami Ilmu Tasawwuf" karangan Dr. Mustafa Zahri. Penerbitan PT BINA ILMU 1979.

Friday, April 06, 2007

Saya bermimpi, dan dalam mimpi itu datang seorang tua bertanya kepada saya, "Apakah yang membuat si hamba itu hampir kepada Allah? Saya menjawab, " Perjalanan ini ada awal dan akhirnya. Awalnya ialah kuat beribadat dan taat. Akhirnya ialah redha dengan Allah swt, menyerah diri kepada Jalan NYA dan bergantung penuh kepada NYA".
(Kitabul Futuh al Ghaib - Sultan al Auliya as Shaykh Muhyiddin Abdul Qadir al Jilani)
Thursday, April 05, 2007
"SELAMAT PENGANTIN BARU..."
Foto-Foto Di Sekitar Majlis Persandingan Finalis Program "CARI MENANTU" TV9 (Divesh Kumar Danial & Engku Raba'a Adawiyah). Turut hadir sama adalah Sahabat Handai, Penyokong, Kaum Kerabat serta Rakan Taulan. Segala Foto Diambil Secara Peribadi. Majlis Gilang Gemilang tersebut telah diadakan di Putra Jaya International Convention Centre (PICC) pada 31 Mac 2007 lebih kurang pukul 8.30pm.
Subscribe to:
Posts (Atom)