Saturday, May 10, 2008

Buku-buku Bahasa Melayu yang saya bawa pulang...

Foto diatas mempamerkan koleksi buku yang saya bawa balik semasa menghadiri Pesta Buku Antarabangsa KL 2008 yang lepas.

Semua buku melayu kecuali satu majalah berbahasa inggeris Digital Photography MALAYSIA Edition keluaran bulan Mac. Kenapa? Sebab saya nak 'support' buku-buku yang diterbitkan didalam bahasa ibunda. Supaya lebih banyak lagi buku didalam bahasa melayu diterbitkan secara intensif. Bahasa Melayu telah diguna pakai semenjak beratus tahun dulu oleh lebih ratusa juta umat manusia hensem. Bahasa Melayu adalah bahasa dunia. Juga sebagai bahasa ilmiah dan bahasa perdagangan antarabangsa. Cuma semenjak kebelakangan ini sahaja kita lihat ada dua tiga kerat orang melayu yang malu untuk berbual sesama sendiri menggunkan bahasa pusaka moyang mereka. Malu tak bertempat. Kononnya takder class. Melayu moden lah konon. Inilah sejenis penyakit kronik yang dihadapi oleh orang kita sehari dua ini.

Kalau bangsa lain lihat kita berbual sesama sendiri menggunakan bahasa perantaraan penjajah, mati hidup balik mereka 'pelik bin ajaib' . Mereka akan gelak sinis sambil geleng kepala. Kalau nak belajar bahasa Inggeris, rasanya tiada masalah. Belajarlah bahasa apa pun. Yang penting jangan kita mudah melupakan asal usul kita. Jangan sesekali lupa akar umbi kita.

Saya bukan anti bahasa Inggeris atau fanatik bahasa (malah saya suka juga baca buku 'English') akan tetapi masyarakat di Malaysia hari ini sedang mengalami sakit kronik, seolah-olah semua saluran sedang mengenepikan Bahasa Melayu secara sistematik. Bahasa adalah Jiwa Bangsa! Dan sudah tentu bahasa tiada kena mengena dengan kemajuan dan kemodenan teknologi sesebuah negera. Kita lihat sahaja situasi di negara matahari terbit, Jepun contohnya. Dulu bangsa mereka sepatah haram tak tahu cakap 'english', dapat juga menghasilkan kereta Honda, Toyota dan Lexus yang begitu sofistikated. Jadi kesimpulannya bahasa memang tiada mengena dengan kemajuan lahiriah. Namun dari segi kemajuan intelektual itu satu isu lain yang masih boleh diperbahaskan secara ilmiah. Bahasa lebih kena mengena dengan jiwa, adat budaya, cara berfikir malah agama.

Orang Melayu Moden kenalah tahu cara berfikir yang betul. Kalau tidak sampai bila-bila pun kita akan jadi hamba abdi yang jilat ludah sendiri. Jangan salahkan sesiapa, sebab bangsa kita sendiri yang merelakan dirinya jadi khadam kepada orang putih. Dijajah pemikirannya walaupun setelah 50 tahun Tanah Malaya merdeka. Salah siapa? Salah diri sendiri. Ini termasuklah dalam soal bahasa percakapan seharian.Kita bangsa Malaysia kena berbangga untuk baca buku didalam bahasa rasmi seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara. Tak perlu ada rasa rendah diri. Kalau kita sendiri tak sokong bahasa kita, siapa lagi? Nak tunggu orang luar? Jangan harap...


Senarai judul buku-buku tersebut ialah:
  1. Teori dan Teknik TERJEMAHAN (edisi kemas kini) - Ainon Mohd. Abdullah Hassan - PTS / ITNMB
  2. Intisari Filasafat - Imam Ghazali - Pustaka Nasional
  3. Siapa Imam Mahdi ? - Muhammad Labib Ahmad - Pustaka Nasional
  4. Benarkah Al-Quran Ciptaan Muhammad - Jamaluddin Kafie - Pustaka Nasional
  5. AWEKS KL (himpunan cerita pari-pari untuk bidadari kota) - Storm Kitchen
  6. Kasut Biru Rubina - Sufian Abas - Sang Freud Press
  7. Berpawang dan bersahabat dengan JIN (daripada perspektif islam) - Jahid Sidek - Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
  8. Komunikasi Kewartawanan (penulisan berita, rencana dan ulasan) - Sulaiman Masri & Razali Ayob - Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
  9. Pengurusan Minda Yang Optimum Dalam Kehidupan - Abdul Fatah Hasan - Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
  10. Pilihan Raya Umum 2008 : RAKYAT SAHUT CABARAN - A. Kadir Jasin - Berita Publishing Sdn Bhd
  11. Hanya Tuhan Mengenal Tenteranya : Persoalan Wibawa dalam Wacana Islam - Khaled M. Abou El Fadl - Middle-Eastern Graduates Centre, Konrad Adenauer Foundation
  12. Tawassul - Isa Kamari -Ameen Books
  13. Detektif Indigo Kembali - Faisal Tehrani - Ameen Books
  14. Karya Kita Hak Kita - Nisah Haron - Ameen Books
  15. Karya Nan Indah - Faisal Tehrani - Ameen Books
  16. Tulisan Cerminan Personaliti Diri - Khadijah Ibrahim - Ameen Books
  17. Ibu Dibelai Anak Dibuai - Dr. Ariza Mohamed (pakar obstetrik dan ginekologi) - Ameen Books
  18. Pemikiran dan Penulisan ilmiah - Sivachandralingam Sundara Raja - Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Kepada anda yang berada diluar sana, selamat mencari buku-buku diatas. Selamat membaca buat diri sendiri.

2 comments:

aslina_bidadari said...

Salam, Abg Z.... he he

Tulis la dalam ayat Bahasa Melayu yang tepat penggunaannya. Dalam Bahasa Melayu tak ada perkataan Hensem, kacak ada la. Jangan marah...

Lagi satu, ni boleh kalahkan koleksi buku saya ni...

the indie story said...

Salam Ina, apa hehehe? apa?

heheheheeee....

tak. tak marah. suka. hehehehee

wah ina buleh jadi guru bahasa la. baguih tue. hensem tu merujuk kepada diriku ini. sedangkan kacak ditujukan untuk umum.

heheheheee...sekali lagi.

ada fulusss...banyak bule beli ina. bukan kata buku, dgn kilang2 print out buku, abg akan beli.