
Dua minggu lepas saya telah membeli sebuah buku yang bertajuk ARGUMENTASI ULAMA’ SYAFI’IYAH (Terhadap Beberapa Tuduhan Bid’ah). Telah lama juga saya mencari beberapa buah buku tentang persoalan bid’ah, dan yang bagusnya buku ini harganya tidak terlalu mahal. Berharga RM26.50, kira mampu dibeli oleh semua peringkat. Cuma buku ini didalam bahasa Indonesia. Jadi agak bagus untuk melatih saya membaca buku didalam bahasa tersebut. Pelbagai persoalan bid’ah telah dibincangkan didalam buku ini. Antaranya masalah berzikir dengan jahar, ziarah kubur, mencukur janggut, mengadakan Maulid Nabi saw, berzikir menggunakan tasbih dan pelbagai lagi persoalan bid’ah yang sering di timbulkan oleh puak-puak Wahabiyah.
Buku ini mempunyai jawapannya berdasarkan nas-nas Al-Qur’an, Sunnah dan Pandangan Ulama’ Muktabar. Ditulis oleh Ustaz H.MUJIBURRAHMAN. Diterbitkan oleh MUTIARA ILMU SURABAYA.
Akhir-akhir ini banyak tuduhan bid’ah sering dilemparkan sesuka hati. Persoalan bid’ah juga kadangkala menyebabkan umat Muhammad saw semakin jadi berpecah. Jadi selama isu-isu bid’ah ini tidak diselesaikan secara Muzakrah, maka selagi itulah Ilmuan dan Tokoh Agama akan bertembung sesama sendiri. Yang jadi mangsanya siapa? Sudah tentulah orang awam seperti kita yang menerima akibatnya. Terkapai-kapai tidak tahu mahu mengikut yang mana satu? Sedangkan orang-orang yang memainkan isu agama ini, cuba menangguk air yang keruh sambil mempopularkan lagi diri. Untungnya sedikit, umat pula yang rugi banyak
2 comments:
mmg setuju 100%, haruslah dikupas. esp bab-bab ibadah dan amalan sunat sprt fadilat terawih tu dll
........dalam mencari kebenaran kita hendaklah berfikiran terbuka......
Post a Comment