Wednesday, February 13, 2008

Kisah Sufi 6


6. HABIB AL – ‘AJMI

Suatu hari seorang tetamu sedang memakan sedikit makanan yang dihidangkan oleh ‘Ajmi. Pada ketika itu datanglah seorang pengemis ‘Ajmi pun terus mengambil makanan itu dan memberikan pengemis tersebut. Tetamu itu (Hasan Al-Basri) terperanjat melihat kelakuan ‘Ajmi itu, dan berkata, “Kamu patutlah tahu sedikit sebanyak tentang adab sopan.” ‘Ajmi diam sebentar. Hassan terkejut tiba-tiba datang seorang perempuan membawa hidangan lazat. Kedua-duanya pun makan. Kemudian ‘Ajmi berkata, “Hasan, kamu adalah orang baik. Kamu hendaklah menambah kukuhkan iman mu kepada Allah (iaitu sesuatu yang diberi dengan nama Allah akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda).”
Suatu ketika Hasan pergi berjumpa Habib Al-‘Ajmi diwaktu asar. Hasan mendengar ‘Ajmi membaca bacaan dalam sembahyang dengan tidak betul bacaannya. Hasan tidak mahu sembahyang bersama beliau, lalu sembahyang berasingan. Pada malam itu Hasan bermimpi bahawa Allah berkata kepadanya, “Hasan, jikalau kamu menjadi makmum dalam sembahyang dengan ‘Ajmi itu, kamu mendapat keredhaan Ku, dan sembahyang yang itu adalah lebih berfaedah daripada sembahyang yang kamu lakukan sepanjang hidup mu. Kamu salahkan salah sebutan bacaannya tetapi kamu tidak tahu kesucian dan keikhlasan hatinya. Ketahuilah Kami lebih mementingkan hati yang suci bukan hanya menyebut bacaan yang betul.”

Habib Al – ‘Ajmi berkata :
1. Allah sendiri memelihara mereka yang mengabdikan diri kepadaNYA.
2. Dengki dan cinta dunia mestilah disingkirkan dari hati orang yang betul-betul menuju Allah
DIALOG :
Hasan : ‘Ajmi (murid Hasan) bagaimana kamu boleh sampai ke peringkat keruhanian yang begitu tinggi itu?
‘Ajmi : Dengan membersihkan hati melalui sembahyang; dan bukan menghitamkan kertas melalui tulisan.
Mendengar itu, Hasan berkata, “Sayang! pengajaran ku menguntungkan orang lain bukan diriku!”
Habib Al-“Ajmi menangis terisak-isak bila mendengar orang membaca Qur’an. Orang bertanya: “Jika kamu tidak tahu maksud bacaan Qur’an itu, kenapa kamu menangis?” Beliau menjawab, “Meskipun aku ini orang Iran, tetapi hatiku Arab.”

No comments: