Wednesday, February 18, 2009

MUKADDIMAH BUKU “MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH” Tulisan TUAN GURU SYEIKH MUSTAPHA MOHAMED AL-JIASI (AL-AHMADI) - Siri 1 & 2

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT MEMBACA MUKADIMAH TERSEBUT BOLEHLAH MASUK KE - theindiestory.blogspot.com

Semoga tradisi tasauf terus berkembang biak di Tanah Melayu dan Nusantara. Amin.

5 comments:

Anonymous said...

Saya kenal dengan pengarang mengenal diri dan Wali Allah tu .Dia juga pernah jumpa Tuan Guru saya iaitu Tuan Syeikh Ahmad Bin Syeikh Mohd Salleh.Tuan Syeikh Ahmad adalah cucu kepada Tuan Syeikh Mohd Said Negeri Sembilan yang merupakan Khalifah Tarikat Ahmadiah di Asia Tenggara . Tuan Syeikh Ahmad telah di tugaskan untuk mengembangkan Tarikat Ahmadiah diNegeri Kelantan setelah wafatnya Tuan guru Haji Daud Bukit Abal. Secara tak langsung saya bertemu dengan pengarang pada tahun 1999 selepas kewafatan Guru saya Tuan SYEIKH Ahamd pada tahun 1997. Bagaimana saya boleh bertemu beliau ceritanya begini .Pada suatu hari saya menaiki sebuah teksi dari kg Pak Badol ke Kota Bharu, Didalam teksi tersebut telah sedia ada seorang penumpang yang berada di tempat belakang.Saya pun duduklah sebelah beliau, dan beliau bertanya kepada saya, nak ke mana? saya pun jawab nak ke KB. Lepas tu saya tanya dia dari mana ?, katanya dari Bukit ABAL.Saya tanya ada Hol ke?, jawabnya ya malam tadi, dia pun hairan mengapa saya tanya soalan begitu sedangkan dia tak pernah jumpa saya sebelum ni , lalu dia tanya saya macamana boleh tahu?tak ada saya agak sebab saya nampak tuan dengan bungkusan kain dan kitab.tapi kelihatanya selekeh saja.Kami berbual-bual dalam bahasa kelantan dan bahasa surat.saya pun bertanya adakah tuan pengarang buku mengenal diri dan wali Allah? Dia cakap ya,kemudian dia sambung awak ke yang tulis surat pada saya bertanyakan Guru yang Murshid tu dimana nak cari pada tahun 1978? Ya sayalah tapi mengapa tak balas surat saya ?memberitahu samada ada ke tak ? Katanya masa tu saya sedang sakit kat hospital,lalu diberikan gambar yang dia sakit kat hospital tu pada saya,bukti katanya.Saya buat2 bertanya lagi bagaimana ustaz boleh mengarang buku ni yang banyak dalam,kalau tak ada tok guru yang murshid memang tak boleh baca tak faham kan? Ustaz dari lepasan Azhar ke?Jawapan yang pertama ilham datang bila ada hol, dalam hol saya tak hadhir berzikir bersama diaorang, saya di belakang tapi saya mengarang katanya. Jawapan yang kedua ialah,Saya pergi ke Mesir tapi saya belajar ilmu muzik,katanya lagi sekarang pun saya masih mengarang untuk menyiapkan buku Falsafah Mari Berfikir .setelah buku keduanya Ramuan Ilmu Tasauf telah dikeluarkan.,lalu ia menghadiahkan buku itu kepada saya. Saya beritahu dia sebelum saya berjumpa denganya Guru saya telah bercerita kepada saya tentang ustaz, saya kenal dengan ustaz tapi belum jumpa, sekarang kita dah jumpa melalui talipon atas kan?Dia pun senyum,haa itulah berkat dan keramat Guru saya,boleh jumpa ustaz setelah dia tak ada.Lepas tu kami bercerita fasal tarikat dan kelebihan Guru. Guru saya cakap arwah Haji Daud Bukit Abal tutup kelas pembelajaranya dan menyuruh anak muridnya balik kerana hendak melayan datuknya Syeikh Mohd Said apabila datang menziarahi di Bukit Abal. Demi untuk memuliakan datuk sebab Haji Daud tahu siapa Datuk yang sebenarnya.Begitulah penghormatan yang cukup tinggi yang diberikan kepada datuk.Tapi sayang tak semua anak murid Haji Daud boleh terima kerana mereka membesarkan Syeikh Azhari,Guru saya cakap sebenarnya Syeikh Azahari diberi arahan oleh gurunya sidi mohammad Dandarawi supaya mengembang Tarikat Ahmadiah di negara India tetapi beliau tak pergi ke India malah beliau datang ke Bukit Abal.Makam SYEIKH Azhari pun di INDIA Sedang Makam DATUK Syeikh Mohd Said DI Seremban.Bila masa pulak Ustaz Mustapha jadi syeikh ni.....

Anonymous said...

saya kenal dengan pengarang mengenal diri dan wali Allah tu saya panggil dia ustad, gambar masa dia sakit dekat hospital pun ada dia bagi kat saya.Dia juga pernah jumpa Guru saya iaitu Tuan Syeikh Ahmad Bin Syeikh Mohd Salleh.Tuan Syeikh Ahmad ada cucu kepada Tuan Syeikh Mohd Said Negeri Sembilan . Tuan Syeikh Ahmad telah di tugaskan untuk mengembangkan tarikat ahmadiah di Kelantan setelah wafatnya Tuan guru Haji Daud Bukit Abal kami sering berborak -barak bila di izinkan Allah bertemu. sememangnya

Anonymous said...

Saya kenal dengan pengarang mengenal diri dan Wali Allah tu .Dia juga pernah jumpa Tuan Guru saya iaitu Tuan Syeikh Ahmad Bin Syeikh Mohd Salleh.Tuan Syeikh Ahmad adalah cucu kepada Tuan Syeikh Mohd Said Negeri Sembilan yang merupakan Khalifah Tarikat Ahmadiah di Asia Tenggara . Tuan Syeikh Ahmad telah di tugaskan untuk mengembangkan Tarikat Ahmadiah diNegeri Kelantan setelah wafatnya Tuan guru Haji Daud Bukit Abal. Secara tak langsung saya bertemu dengan pengarang pada tahun 1999 selepas kewafatan Guru saya Tuan SYEIKH Ahamd pada tahun 1997. Bagaimana saya boleh bertemu beliau ceritanya begini .Pada suatu hari saya menaiki sebuah teksi dari kg Pak Badol ke Kota Bharu, Didalam teksi tersebut telah sedia ada seorang penumpang yang berada di tempat belakang.Saya pun duduklah sebelah beliau, dan beliau bertanya kepada saya, nak ke mana? saya pun jawab nak ke KB. Lepas tu saya tanya dia dari mana ?, katanya dari Bukit ABAL.Saya tanya ada Hol ke?, jawabnya ya malam tadi, dia pun hairan mengapa saya tanya soalan begitu sedangkan dia tak pernah jumpa saya sebelum ni , lalu dia tanya saya macamana boleh tahu?tak ada saya agak sebab saya nampak tuan dengan bungkusan kain dan kitab.tapi kelihatanya selekeh saja.Kami berbual-bual dalam bahasa kelantan dan bahasa surat.saya pun bertanya adakah tuan pengarang buku mengenal diri dan wali Allah? Dia cakap ya,kemudian dia sambung awak ke yang tulis surat pada saya bertanyakan Guru yang Murshid tu dimana nak cari pada tahun 1978? Ya sayalah tapi mengapa tak balas surat saya ?memberitahu samada ada ke tak ? Katanya masa tu saya sedang sakit kat hospital,lalu diberikan gambar yang dia sakit kat hospital tu pada saya,bukti katanya.Saya buat2 bertanya lagi bagaimana ustaz boleh mengarang buku ni yang banyak dalam,kalau tak ada tok guru yang murshid memang tak boleh baca tak faham kan? Ustaz dari lepasan Azhar ke?Jawapan yang pertama ilham datang bila ada hol, dalam hol saya tak hadhir berzikir bersama diaorang, saya di belakang tapi saya mengarang katanya. Jawapan yang kedua ialah,Saya pergi ke Mesir tapi saya belajar ilmu muzik,katanya lagi sekarang pun saya masih mengarang untuk menyiapkan buku Falsafah Mari Berfikir .setelah buku keduanya Ramuan Ilmu Tasauf telah dikeluarkan.,lalu ia menghadiahkan buku itu kepada saya. Saya beritahu dia sebelum saya berjumpa denganya Guru saya telah bercerita kepada saya tentang ustaz, saya kenal dengan ustaz tapi belum jumpa, sekarang kita dah jumpa melalui talipon atas kan?Dia pun senyum,haa itulah berkat dan keramat Guru saya,boleh jumpa ustaz setelah dia tak ada.Lepas tu kami bercerita fasal tarikat dan kelebihan Guru. Guru saya cakap arwah Haji Daud Bukit Abal tutup kelas pembelajaranya dan menyuruh anak muridnya balik kerana hendak melayan datuknya Syeikh Mohd Said apabila datang menziarahi di Bukit Abal. Demi untuk memuliakan datuk sebab Haji Daud tahu siapa Datuk yang sebenarnya.Begitulah penghormatan yang cukup tinggi yang diberikan kepada datuk.Tapi sayang tak semua anak murid Haji Daud boleh terima kerana mereka membesarkan Syeikh Azhari,Guru saya cakap sebenarnya Syeikh Azahari diberi arahan oleh gurunya sidi mohammad Dandarawi supaya mengembang Tarikat Ahmadiah di negara India tetapi beliau tak pergi ke India malah beliau datang ke Bukit Abal.Makam SYEIKH Azhari pun di INDIA Sedang Makam DATUK Syeikh Mohd Said DI Seremban.Bila masa pulak Ustaz Mustapha jadi syeikh ni.....

Anonymous said...

Saya kenal dengan pengarang BUKU mengenal diri dan Wali Allah.dia bukan Syeikh,saya panggil dia Ustaz,Sambil berjalan dia bawa radio/caset ayat ALquran di Bandar Kota Bharu Saya selalu bergurau denganya apa ni ustaz ? Jawabnya Ayat2 suci inilah yang membahagiakan hatiku, ustaz duduk kat langit ke?dia senyum……hai orang dah fana nak buat macamana dunia ni jadi sampahlah pada dia.Saya tanya ustaz ni lepasan Azhar ke, dapat mengarang buku yang kalau tak ada tok guru memang tak faham langsung, dia jawab pergi ke Mesir tapi belajar ilmu muzik.Lepas tu dia hadiahkan saya buku Ramuan Ilmu Tasauf dalam bahasa jawi.,katanya penyambung buku Mengenal Diri dan Wali Allah.saya tanya ada lagi tak jawabnya ada Falsafah Mari Berfikir tapi belum siap, separuh aje siap….alah hai BILA TU……

Anonymous said...

Assalamualaikum, bolehkah saya dapatkan salinan buku Mengenal Diri Dan Wali Allah ini atau di mana boleh saya beli?.