Friday, July 25, 2008

Saat yang baik untuk berdoa' dihari Jum'at...


501.

Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. pernah menyebutkan:

"Pada hari Jum'at ada satu saat, apabila seorang muslim bertepatan solat pada saat itu, dan memohon sesuatu kepada ALLAH swt; nescaya dikabulkan ALLAH permohonannya itu.


Nabi memberi isyarat dengan tangannya, yang bererti bahawa saat itu amat singkat."


(Shahih Bukhari, jilid 1, hal. 272)

Tuesday, July 22, 2008

Mari berkenalan dengan Aristotle...


Aristotle

Aristotle (bahasa Yunani Αριστοτέλης, Aristotelēs) (384 SM7 Mac 322 SM) merupakan pakar sains dan ahli falsafah Yunani. Dia belajar dari Plato dan mengajar Alexander Agung.

Tiga ahli
falsafah silam teragung adalah Aristotle, Plato (gurunya), dan Socrates (c. 470-399 SM), yang corak pemikirannya banyak mempengaruhi Plato. Antara lain, ia menukar falsafah Yunani awal (Pre-Socratic) kepada asas falsafah Barat sebagaimana yang terdapat masa kini. Socrates--kemungkinannya disebabkan pendapatnya yang menentang menulis falsafah sebagaimana yang diterangkan dalam penulisan perbualan Plato, Phaedrus--tidak menulis apapun, dan ideanya sampai kepada kita secara tidak langsung melalui Plato dan beberapa penulis silam lain. Tulisan Plato dan Aristotle membentuk teras falsafah silam (Ancient philosophy).


Hasil penulisan mereka, walaupun berkait dalam kebanyakan asasnya, amat berbeza dalam gaya dan bahan kandungan. Plato menulis beberapa dozen perbualan falsafah--perdebatan dalam bentuk perbicaraan, biasanya dengan Socrates sebagai ahli--dan beberapa pucuk surat.


Walaupun perbualan awal menjurus kepada kaedah mendapatkan ilmu pengetahuan, dan kebanyakan yang terakhir mengenai keadilan dan moral pratikal (practical ethics), hasil kerjanya yang paling penting menggambarkan pandangan (synoptic view ) mengenai moral (ethics), metafizik, sebab (reason), pengetahuan, dan kehidupan manusia. Idea pentingnya adalah pengetahuan diterima melalui deria selalunya mengelirukan dan tercemar, dan pengetahuan sebenar didapati oleh mereka yang berfikir jauh dari urusan dunia. Mereka ini yang mempunyai pengetahuan mengenai bentuk, pati sebenar sesuatu, manakala apa yang terdapat di dunia ini hanyalah salinan cacat. Pengetahuan sedemikian mempunyai kepentingan moral dan saintifik. Plato boleh digelar sebagai mendokong
idealisme dan rationalisme.

Aristotle, sebaliknya, lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik.


Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari
anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi.

Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopedia pengetahuan Yunani.

Monday, July 21, 2008

Prasyarat KEBAHAGIAN oleh Yang Mulia ARISTOTLE...


Walaupun Aristotle mengutamakan kebahagian mental, namun keperluan fizikal tidak diketepikannya. Beliau menggariskan 4 keperluan atau kebaikan asas sebagai prasyarat kebahagian:



  1. Kebaikan biologi seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan pakaian yang sempurna bagi tujuan meneruskan kehidupan dan merasai kehidupan.

  2. Keperluan jasad sperti kesihatan dan kepuasan tubuh badan yang boleh memberikan keseronokan pada manusia.

  3. Keperluan luaran seperti kekayaan harta benda kerana ia merupakan antara faktor penentu menjamin kebaikan yang lain.

  4. Kebaikan roh kerana manusia dari segi sifat semulajadinya bersifat menyoal, berfikir dan mengetahui (rational animal) berdasarkan unsur tersebut.

(Barrow 1980, 17)


*Dipetik daripada buku berjudul 'SEJARAH FALSAFAH' oleh Ahmad Sunawari Long. Penerbit UKM, Bangi, 2006)

kartun petrol naik harga! part 2

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas. tQ.

Friday, July 11, 2008

Tentang Jum'at


472.

Diceritakan oleh Abu Hurairah ra.; bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:

"Kita ini adalah umat terakhir, tetapi terkemuka. Mereka (Yahudi dan Nashara) lebih dahulu diturunkan kepada mereka kitab. Dan hari ini (Jumaat) adalah hari yang diwajibkan kepada mereka solat. Tetapi mereka berselisih pendapat tentang hari itu. Kerana itu ALLAH swt. memberi petunjuk kepada kita tentang hari itu. Sedang orang-orang lain mengikuti dibelakang kita, yaitu Yahudi besoknya (Sabtu) dan Nasrani lusa (Ahad)."

(Terjemahan hadis shahih riwayat Imam Bukhari, Jilid 1 hal. 260)

Thursday, July 03, 2008

kartun petrol naik harga!

Sila klik pada gambar untuk melihat paparan dengan lebih jelas. tQ.
bila petrol naik, habis barang semua naik...ini semua kerja para cukong kapitalis dinegara fasis kolonialis Amerika. silap kita juga, mudah sangat percaya pada depa. kita tukar emas berbungkal-bungkal dengan kepingan kertas yang bertanda 'dollar'. siapa suruh? ada rakyat suruh?