"Ketaksuban keagamaan berkembang di dunia tidak lama setelah merebaknya ideologi Wahhabi. Ideologi yang disyaki didanai wang Arab Saudi – Negara yang makmur mendadak setelah kenaikan harga minyak – ini bertanggungjawab memusnahkan kewibawaan institusi-institusi tradisional di dunia Muslim. Tradisi intelektual yang merupakan warisan zaman awal Islam musnah dirobohkan puritanisme yang menunjukkan permusuhan terhadap semua bentuk pengetahuan sosial bersifat akademik atau tradisi intelektual yang kritis.
Membesar dalam sebuah budaya keagamaan Islam, pengarang Khaled M.Abou El Fadl sentiasa diingatkan oleh guru-gurunya bahawa tidak ada gereja di dalam Islam, dan bahawa tidak ada sesiapa mewakil wibawa Tuhan yang Kudus. Baginya gambaran yang diulang-ulang para guru itu membayangkan kesaksamaan dan kemampuan semua orang untuk mencapai kebenaran Ilahi. Manusia cuba untuk membongkar kehendak Ilahi, tetapi tidak ada seorang pun memiliki wibawa untuk mendakwa bahawa hanya dia mampu menemukannya.
Menerusi perbandingan antara authoritative dan authoritarian, antara wibawa dengan kuasa yang memaksa, pengarang buku ini membongkar kalut pemikiran Wahhabisme dan Salafisme yang mendakwa ingin memurnikan agama, sedangkan yang dilakukan hanyalah menyuburkan kemalasan berfikir di dunia Muslim."
2 comments:
perlukan menung yg panjang utk fikir
ANWAR IBRAHIM - JELMAAN ISLAM LIBERAL ? - BAKAL PM MALAYSIA ?
( MEMPUNYAI RENUNGAN MATA YANG HAMPIR SAMA NAMUN DIHARAP TIDAK MEMPUNYAI "WORLD VIEW" YANG SAMA - NAUZUBILLAH !(layari blog untuk lihat gambar...
KENYATAAN-KENYATAAN ANWAR YANG PERLU KITA TELITI MAKSUDNYA.
1. ANWAR IBRAHIM KATA, SALMAN ADALAH "PROFOUND WRITER" BERERTI PENULIS YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG MENDALAM. (Apakah karya Syaitannya itu juga berdasarkan pengetahuan yang mendalam, ANWAR ? )
2. " Let us look at Egypt, for example, who is the great beneficiary of
American aid, second to Israel." ( KEKAGUMAN ANWAR KEPADA "BOSS"NYA...MUNGKIN)
3. "To my mind, it is essential because again, in my limited
experience, with the Islamic Party, we were known to be strong
advocates of Islamic law, even an Islamic state. Now, Islamic state
is no longer on the agenda". ( NEGARA ISLAM BUKAN LAGI AGENDA ANWAR MUNGKIN BERSETUJU DENGAN SAYA KERANA BELUM MENCUKUPI SYARAT - APAKAH PAS BERSETUJU? BAGAIMANA AGAKNYA MASADEPAN PAKATAN RAKYAT? )
4. " AMERICA REMAINS THE STRONGEST VOICE FOR FREEDOM TODAY " . ( ADUH ! ANWAR ! MENGAPA TERSASAR JAUHNYA PEMIKIRAN KAMU).
wahai golongan ANWARIST ! kami perlu penjelasan atas kenyataan-kenyataan ini.
Untuk PAS , hati-hati dalam meniti kemenangan ini.
Satu Pertanyaan, " BUDAYA KAGUM KE ATAS BARAT DAN AMERIKA INI NAMPAKNYA BUKAN SAHAJA MENIMPA ORANG AWAM DAN ANAK MUDA NAMUN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM JUGA, TIDAK PELIK KALAU PALESTIN MASIH DIKEROYOK DAN SEANTERO DUNIA HANYA MELIHAT SAHAJA, pertanyaannya, Di mana silapnya?
SIKAP KITA TERHADAP AMERIKA PERLU JELAS. JANGAN BERMAIN KATA DAN "PLAY SAFE" DENGAN AMERIKA. KITA HARUS TERIMA AMERIKA-ZIONIS, ZIONIS-AMERIKA. MESTI ADA TAWALLA DAN JUGA TABARRA...BERSAMA ISLAM DAN MUSLIMIN DALAM MASA YANG SAMA MENYATAKAN PERMUSUHAN KE ATAS MUSUH ISLAM DAN MUSLIMIN.
BERUNDING DENGAN AMERIKA ADALAH SIA-SIA !
WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM TERMASUK MALAYSIA ! PELIHARALAH NEGARA MASING-MASING DARI DICENGKAMI OLEH PENGARUH AMERIKA !
HIDUPKAN SEMANGAT PATRIOTISME AGAMA , BANGSA DAN NEGARA.
Post a Comment