Saturday, March 01, 2008

ILMU & HARTA oleh Aslina Saleh

Ilmu dan harta itu boleh bertambah dan berkurang sepertimana Iman. Saban waktu tiap dari kita pasti bekerja keras untuk memiliki harta dan kebendaan tetapi makin ramai yang lupa pada perjanjian pertama sebelum kita dilahirkan ke dunia iaitu menjadi Khalifah Allah Taala dimuka bumi ini. Kita sangup bangun awal pagi dan bersesak-sesak di perjalanan untuk mencari rezeki dan pulang lewat malam.

Bagaimana mahu menjadi Khalifah Allah Taala jika untuk berilmu kita amat berkira dengan masa tapi tidak pada harta. Demi harta dan kelangsungan hidup kita sanggup bersenkang mata dan mengabaikan yang lain tetapi tidak pada soal menuntut ilmu. Bermacam alasan diberikan untuk tidak menghadiri kelas-kelas pengajian Ilmu-ilmu Islam yang biasanya diadakan secara percuma. Kejahilan semakin merajai pemikiran kita sehingga kita sukar membezakan kebatilan dan kebenaran.


Bagaimana mahu menjadi khalifah jika Ilmu yang benar itu tidak dapat dibezakan dengan Ilmu yang salah... Sabda Kekasih Allah Nabi Muhammad "Tuntutlah ilmu walau sampai ke Negeri China"..

1 comment:

Mak Su said...

suka ikut-ikutan membuta tuli