Assalamualaikum, kepada rakan-rakan bloggers dan para pengunjung blog yang dirahmati Allah swt sekelian.Pihak kami ingin memohon maaf kerana semenjak 2-3 hari ini tiada post entry dan foto terbaru yang dapat di upload, kerana Laptop Tuan Moderator sudah terkena demam teruk (VIRUS).
Segala komen Tuan/Puan yang telah dihantar, lambat sedikit di PUBLISH serta diberi respon kerana masalah Virus yang sedang melanda ini.Jadi didalam masa lebih kurang SEMINGGU ini, Laptop Tuan Moderator kita; akan cuba diberi suntikan VAKSIN untuk memulihkan kembali keadaaanya seperti sediakala (Hantar balik kedai - Nasib baik masih dalam Warranty).
Namun begitu Tuan Moderator sendiri akan cuba sedaya yang termampu untuk 'update' blog-blog ini dari masa kesemasa. Bergantung diatas kebaikan hati rakan-rakan disini untuk memberi laluan menggunakan komputer mereka. tQ...insha'allah.Apapun segala kunjungan dan komen yang pihak Tuan/Puan berikan amat dihargai dan dialu-alukan. Pihak Kami sekali lagi memohon maaf dan kesal diatas segala kesulitan dan masalah yang timbul kepada rakan-rakan bloggers dan pengunjung blog yang dikasihi sekelian.
Harap maklum.
Salam Sayang Ukhuwah,
Mr. Moderator & Crew
(*p/s: manyak gian mau tulis dalam ini blog wooo...haiyaa...ini laptop betol2 bikin kacau... sikit2 mau demam-blogger lah katakan...huhuhuuu. Banyak jelesss sama itu Tuan Rastom, el-Hakim, AbgJas, MakSu, Noushy, Aslina Salleh dan semua skali laaa...takpe...sabar...bebanyak bersabarrrr...mati kutu maaa...)
Monday, March 31, 2008
Sunday, March 16, 2008
Wednesday, March 05, 2008
PENGUMUMAN PENTING!
Dimusim pilihanraya Malaysia ke -12 ini, pihak Moderator akan aktif mengulas suasana pilihanraya; diblog yang lagi satu The Indie Story. Buat para pengunjung blog bolehlah masuk ke http://theindiestory.blogspot.com/ untuk melihat segala tulisan terbaru, ulasan semasa perjalanan pilihanraya Malaysia ke-12 tanpa berpihak dan juga foto-foto kempen parti politik terkini.
Blog ini akan aktif kembali selepas Musim Pilihanraya Malaysia ke-12 habis. Insha'allah...
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Blog ini akan aktif kembali selepas Musim Pilihanraya Malaysia ke-12 habis. Insha'allah...
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Saturday, March 01, 2008
ILMU & HARTA oleh Aslina Saleh

Bagaimana mahu menjadi Khalifah Allah Taala jika untuk berilmu kita amat berkira dengan masa tapi tidak pada harta. Demi harta dan kelangsungan hidup kita sanggup bersenkang mata dan mengabaikan yang lain tetapi tidak pada soal menuntut ilmu. Bermacam alasan diberikan untuk tidak menghadiri kelas-kelas pengajian Ilmu-ilmu Islam yang biasanya diadakan secara percuma. Kejahilan semakin merajai pemikiran kita sehingga kita sukar membezakan kebatilan dan kebenaran.
Bagaimana mahu menjadi khalifah jika Ilmu yang benar itu tidak dapat dibezakan dengan Ilmu yang salah... Sabda Kekasih Allah Nabi Muhammad "Tuntutlah ilmu walau sampai ke Negeri China"..
Subscribe to:
Posts (Atom)