Wednesday, February 20, 2008

Siapa Yang Menciptakan Pokok?

Pokok yang yang begini keras pun sedaya upaya nak ruku' dan sujud kpd Allah swt...Manusia???

Kenal ini siapa? Cuba baca ayat dibawah...
"(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkam Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Araf : 54)
"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badan mu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang dibelakang mu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!"
(Surah Yunus : 92)
Siapa yang menciptakan pokok? Siapa yang menciptakan batu? Siapa yang menciptakan air? Rasanya sebagai seorang manusia yang dilahirkan didalam keluarga islam, jawapan kepada persoalan tersebut memang mudah. Semudah memakan nasi. Namun jangan terkejut orang kafir, ada yang tidak terfikir tentang perkara itu. Kita orang islam agak selesa didalam bab akidah ini. Banyak persoalan yang melingkar didalam fikiran, telah terungkai dengan sendiri.
Namun disatu sudut lain banyak juga manusia bertanya-tanya kemana arah tujunya selepas mati.
Ada yang kerana hanya mampu bergantung kepada logik akal secara lahiriah sukar untuk percaya tentang alam kubur, padang mashyar, neraca mizan, sorga dan nuraka dan tentang kewujudan tuhan. Ironinya didalam perkara yang sama mereka percaya pula tentang kewujudan hantu, tilik nasib , feng shui dan kalau dibuka suratkhabar pantas mula mencari tentang firasat nasib mengikut nama bulan (leo, virgo, gemini dan lain-lain). Mereka lekas percaya kepada perkara Khurafat Besar, didalam masa yang sama amat payah untuk percaya tentang HARI PEMBALASAN.

Pada bentuk HAKIKAT – NYA kita sebenarnya lebih maju dari orang kafir. Mereka sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang perkara ghaib. Jadi sepatutnya kitalah yang cuba berdakwah kepada mereka tentang akidah: “TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH”. Menerangkan tentang dosa pahala, syurga neraka…yang kebanyakkan mereka cuba menafikan hanya berdasarkan logik terbatas yang tidak sampai. Sedangkan hati mereka sendiri meragui kepercayaan kosong mereka…

Friday, February 15, 2008

Jihad Melalui Solat oleh Aslina_Bidadari

(suria pun bangkit memuntahkan mentari...)
Jihad yang paling sukar itu adalah jihad melawan nafsu... Dalam contoh ini jihad itu adalah Solat Subuh. Betapa ramai yang begitu sukar untuk bangun awal waktu menunaikan Solat Subuh, malahan terlepas waktu pun ada. Itulah mujahadah namanya. Bagaimana mahu bermujahadah jika Solat fardhu itu pun sering kita ringankan. Bersama kita berjihad melalui Solat, bangun Solat Subuh itu jihad solat yang kita selalu abaikan.
posted by aslina_bidadari at Thursday, February 07, 2008

Thursday, February 14, 2008

3 perkara untuk mendapat kesedapan iman


16. Dari Anas ra., dari Nabi saw; katanya : “Ada 3 perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya, necaya ia akan mendapatkan kesedapan iman :

1. Orang yang cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada cintanya kepada yang lain daripada keduanya.

2. Orang yang mencintai orang lain, kerana Allah semata-mata.

3. Orang yang benci untuk kembali kepada kafir, setelah Allah melepaskannya daripada (belenggu) kekafiran itu, sama dengan bencinya akan dijatuhkan kedalam neraka.”

(Hadis Bukhari Jilid 1, halaman 20)

PARLIMEN MALAYSIA BUBAR HARI INI! (Pilihanraya Umum ke-12 pun bermula...didalam tempoh 60 hari.)


PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.
Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.
Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:
``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.
``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.
``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.
``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.
``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”

Wednesday, February 13, 2008

Mengerjakan amal mengikut kemampuan


15. Dari ‘Aisyah ra. katanya : “Biasanya Rasulullah saw. apabila menyuruh para sahabatnya, disuruhnya mereka mengerjakan amal yang (kira-kira) mereka sanggup mengerjakannya.”
Lantas mereka berkata, “Ya, Rasul Allah! Kami tidak seperti Anda. Allah swt. telah mengampuni dosa Anda yang telah lalu dan yang akan datang.”
*1

Mendengar ucapan mereka itu Nabi marah, sehingga kelihatan tanda marah dimukanya.

Sabda beliau, “Sesungguhnya yang paling taqwa dan yang lebih alim tentang Allah di antara kamu semua ialah Aku.”
*2

*1 (Maksud ucapan mereka itu ialah, supaya mereka disuruh oleh Nabi saw. mengerjakan amal yg lebih berat, jangan yg ringan-ringan saja, supaya mereka mendapat pahala yang lebih besar pula untuk menghapus dosa-dosa mereka yg banyak jumlahnya. Menurut fahaman mereka amal yg ringan-ringan itu hanya pantas buat orang-orang yang yang telah diampuni dosanya, seperti rasul-rasul, bukan untuk orang kebanyakan seperti mereka.)

*2 (Perintah yan telah diberikan Nabi saw. kpd mereka adalah perintah Allah, walaupun ringan untuk dikerjakan. Namun pahalanya janganlah dikhuatirkan akan ringan pula. Nabi saw sesungguhnya tahu akan hal itu.)

(Hadis Bukhari Jilid 1, halaman 19)

Kisah Sufi 6


6. HABIB AL – ‘AJMI

Suatu hari seorang tetamu sedang memakan sedikit makanan yang dihidangkan oleh ‘Ajmi. Pada ketika itu datanglah seorang pengemis ‘Ajmi pun terus mengambil makanan itu dan memberikan pengemis tersebut. Tetamu itu (Hasan Al-Basri) terperanjat melihat kelakuan ‘Ajmi itu, dan berkata, “Kamu patutlah tahu sedikit sebanyak tentang adab sopan.” ‘Ajmi diam sebentar. Hassan terkejut tiba-tiba datang seorang perempuan membawa hidangan lazat. Kedua-duanya pun makan. Kemudian ‘Ajmi berkata, “Hasan, kamu adalah orang baik. Kamu hendaklah menambah kukuhkan iman mu kepada Allah (iaitu sesuatu yang diberi dengan nama Allah akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda).”
Suatu ketika Hasan pergi berjumpa Habib Al-‘Ajmi diwaktu asar. Hasan mendengar ‘Ajmi membaca bacaan dalam sembahyang dengan tidak betul bacaannya. Hasan tidak mahu sembahyang bersama beliau, lalu sembahyang berasingan. Pada malam itu Hasan bermimpi bahawa Allah berkata kepadanya, “Hasan, jikalau kamu menjadi makmum dalam sembahyang dengan ‘Ajmi itu, kamu mendapat keredhaan Ku, dan sembahyang yang itu adalah lebih berfaedah daripada sembahyang yang kamu lakukan sepanjang hidup mu. Kamu salahkan salah sebutan bacaannya tetapi kamu tidak tahu kesucian dan keikhlasan hatinya. Ketahuilah Kami lebih mementingkan hati yang suci bukan hanya menyebut bacaan yang betul.”

Habib Al – ‘Ajmi berkata :
1. Allah sendiri memelihara mereka yang mengabdikan diri kepadaNYA.
2. Dengki dan cinta dunia mestilah disingkirkan dari hati orang yang betul-betul menuju Allah
DIALOG :
Hasan : ‘Ajmi (murid Hasan) bagaimana kamu boleh sampai ke peringkat keruhanian yang begitu tinggi itu?
‘Ajmi : Dengan membersihkan hati melalui sembahyang; dan bukan menghitamkan kertas melalui tulisan.
Mendengar itu, Hasan berkata, “Sayang! pengajaran ku menguntungkan orang lain bukan diriku!”
Habib Al-“Ajmi menangis terisak-isak bila mendengar orang membaca Qur’an. Orang bertanya: “Jika kamu tidak tahu maksud bacaan Qur’an itu, kenapa kamu menangis?” Beliau menjawab, “Meskipun aku ini orang Iran, tetapi hatiku Arab.”

Kisah Sufi 5


Salam kepada pengunjung blog yang budiman. Agak lama juga kisah-kisah para sufi berdasarkan kitab Tazkiratul Auliya' dalam bahasa Parsi karangan Syeikh Fariduddin 'Attar terhenti. Berbulan-bulan juga lamanya. Ini terjadi bukanlah disengajakan, akan tetapi kerana ruang lingkup masa yang agak terhad. Kini saya mempunyai kekuatan kembali untuk memaparkan sambungan kisah-kisah para wali Allah tersebut. Insya'allah...
Tujuan saya berusaha memaparkan kembali kisah para abid ini, dengan niat "Yang Baik Jadikan Tauladan...". Wassalam.


5. MUHAMMAD IBNU WASI’

Seorang bertanya kepada beliau, “Bagaimanakah kamu?” Ibnu Wasi’ menjawab, “Apa yang hendak kamu tanya kepada orang yang tempoh hidupnya makin lama semakin kurang, tetapi dosanya semakin lama semakin bertambah.”

Saturday, February 09, 2008

Menjawab Tuduhan Bid'ah

Kulit depan buku

Kulit belakang buku
Dua minggu lepas saya telah membeli sebuah buku yang bertajuk ARGUMENTASI ULAMA’ SYAFI’IYAH (Terhadap Beberapa Tuduhan Bid’ah). Telah lama juga saya mencari beberapa buah buku tentang persoalan bid’ah, dan yang bagusnya buku ini harganya tidak terlalu mahal. Berharga RM26.50, kira mampu dibeli oleh semua peringkat. Cuma buku ini didalam bahasa Indonesia. Jadi agak bagus untuk melatih saya membaca buku didalam bahasa tersebut. Pelbagai persoalan bid’ah telah dibincangkan didalam buku ini. Antaranya masalah berzikir dengan jahar, ziarah kubur, mencukur janggut, mengadakan Maulid Nabi saw, berzikir menggunakan tasbih dan pelbagai lagi persoalan bid’ah yang sering di timbulkan oleh puak-puak Wahabiyah.
Buku ini mempunyai jawapannya berdasarkan nas-nas Al-Qur’an, Sunnah dan Pandangan Ulama’ Muktabar. Ditulis oleh Ustaz H.MUJIBURRAHMAN. Diterbitkan oleh MUTIARA ILMU SURABAYA.

Akhir-akhir ini banyak tuduhan bid’ah sering dilemparkan sesuka hati. Persoalan bid’ah juga kadangkala menyebabkan umat Muhammad saw semakin jadi berpecah. Jadi selama isu-isu bid’ah ini tidak diselesaikan secara Muzakrah, maka selagi itulah Ilmuan dan Tokoh Agama akan bertembung sesama sendiri. Yang jadi mangsanya siapa? Sudah tentulah orang awam seperti kita yang menerima akibatnya. Terkapai-kapai tidak tahu mahu mengikut yang mana satu? Sedangkan orang-orang yang memainkan isu agama ini, cuba menangguk air yang keruh sambil mempopularkan lagi diri. Untungnya sedikit, umat pula yang rugi banyak

Friday, February 01, 2008

Osama Ben Laden Klon

AKSI GARANG: Aguirre yang dikenali sebagai Osama Bin Laden menunjukkan gaya dengan senapangnya ketika meronda kawasan miskin di Bogota.

BOGOTA: Sejak tercetus peristiwa serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, seorang pengawal keselamatan, Fernando Aguirre menampilkan diri seperti Osama bin Laden dengan meronda seorang diri di ibu negara Bogota, Colombia bagi mengurangkan kadar jenayah termasuk pelacuran dan kegiatan mengedar dadah. Kelibatnya yang hampir serupa dengan pemimpin al-Qaeda itu sering dilihat meronda di Santa Fe yang menjadi kawasan paling bahaya di Bogota, malah tindakannya dialu-alukan penduduk tempatan termasuk polis. Aguirre berkata, dia bertugas di kawasan itu setiap malam. baca keseluruhan pos...

Ulasan Moderator :

DiMalaysia agaknya bila Osama klon nak muncul. Lagipun jenayah berat sekarang semakin berleluasa. Fernando Aguirre sebenarnya telah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada masyarakatnya. Memperlihatkan rasa tanggung jawab sebagai orang awam untuk mencegah jenayah daripada berleluasa. Ketrampilan beliau memang mempunyai karekter tersendiri walaupun niat beliau pada mulanya sekadar nak meniru Osama. Tapi bila kita membuat perbandingan foto beliau dan Osama ben Laden diletakkan secara bersebelahan; maka ayat ini akan automatik terpacul dari mulut "Ooo...sama!" huhuhuuu...