
Jika tidak menonton TV, apa alternatifnya? Jawapannya...banyak alternatifnya...tidak payahlah saya sebutkan disini. Pandai-pandailah berfikir. Berfikir dengan betul! Cuma secara peribadi selain daripada beribadah, melakukan senaman dan membaca Al Qur'an saya lebih prefer Melayari Internet, Blogging dan membaca buku, majalah, artikel, essei,tengok muka sendiri di cermin dan akhir sekali petik gitar. Jikalau telah jemu melakukan semua aktiviti tersebut, capai bantal...tidur atas lantai. Mula membina kembali sel-sel otak yang telah digunakan sepanjang hari.
Sememang terdapat terlalu banyak perbezaan diantara mengakses internet, berbanding memaksa diri duduk berjam-jam lamanya menghadap Peti Bodoh! Ya benar...Sarjana Barat mengelar kotak televisyen sebagai peti bodoh.
Jika anda ingin terus menjadi bodoh dan pasif....maka teruskanlah tabiat menonton TV sehingga menjadi ketagih dan menjadi satu keperluan hidup...
5 comments:
lama-kelamaan saya juga sudah bosan mengadap peti bodoh itu. byk lagi perkara menarik di dunia ini untuk dinikmati
Salam Maksu, semoga dirahmati Allah swt.
terima kasih lah sudi datang lagi ke teratak hamba. semenjak kebelakangan ini saya terlalu sibuk sampai tiada kesempatan untuk menulis.
Alhamdulilah, saya kan cuba menulis seperti biasa kembali.
Manalah ada masa nak menghadap kotak Tv.
saya pula addict dengan peti sejuk. sebab tanpa peti sejuk, kemungkinan hidup sy akan susah. sebb terpaksa ke pasar hari2.
televisyen adalah adalah seperti one way street. laluan sehala.
tapi bagusnya tv ini bila kita mampu belajar daripadanya tentang dunia di sekeliling kita.
dan bisa melihat secara langsung.
Salam,
bagi saya kita yang perlu memilih rancangan mana yang bodoh atau tidak. Jika tidak dibuka ia tidak menyala.
Post a Comment