Saturday, January 26, 2008

parti liar...pil murah!

(mahu join parti maksiat seperti ini? hmm...no way! minta dijauhkan Allah swt)


Kenapa kegembiraan hanya sekejap? Kenapa ada rasa sunyi? Kenapa murung? Kenapa dilanda kesedihan dan keresahan? Manusia bosan?

Kalau kita menonton televisyen, khas program daripada Amerika, seringkali kita lihat remaja Amerika selalu mengadakan 'Slumber Party'. Hampir saban minggu berkumpul beramai-ramai...

Asap rokok meledak. Bir masam panas. Muzik tekno! Lipstik melekap dikolar. Budak lelaki nerd. Exstacy. 'drugs dealing'...dan 1001 macam kegilaan remaja hedonis!

Untuk menghilangkan kesepian? Mungkin.

Hati kosong? Mungkin.

Segalanya serba kemungkinan. Kita disini mahu membuta tuli mengikut acuan kek mereka? Sila mengikuti sunnah nafsu syaitan jika mahu hancur lebur.

Barangkali dikecewakan wanita seksi 10 kali lebih bagus....daripada tumbang di sofa dek kerana penangan maut pil dadah sintetik.

Parti liar masih terus berjalan. Seorang remaja hedonis tumbang, mulut berbuih...mati tanpa sempat tobat lahom!

2 comments:

Mak Su said...

rugi dan membuang masa dan membuang usia

rastom said...

Arus besar negara mengajak, menjemput mendakwah menerusi media dengan fokus tajam pada grup remaja. Dunia kapitalis komersial perlu dijana enjin tijaarah. Maka hedonisme itu bukankah satu daripada ruang untuk memanaskan enjin kapitalisme?