Wednesday, January 02, 2008

Nilai Sebenar Manusia?


Manusia sebenarnya harus dinilai dari sudut apa?


1. Kacak


2. Wang


3. Populariti


4. Pangkat


5. Pengaruh dan Kuasa


6. Fesyen


7. Kebijaksanaan


8. Ilmu


9. Kreativiti


10. Akhlak



Maka saya pilih Akhlak...

6 comments:

AbGJaS said...

Salam Moderator,
Abgjas juga pilih akhlak.

Di samping wujud istilah Orang Kurang Upaya (OKU) Fizikal, OKU Penglihatan, OKU Pendengaran, maka
sepatutnya juga diwujudkan istilah OKU Akhlak, OKU Moral, OKU Iman, OKU Sabar, OKU Jujur dll.

the indie story said...

Betul sangat tu abgjas,

Jika manusia itu mempunyai nilai moral yang kurang baik maka jadilah ia seperti didalam kes CHUA SOI LEK bekas menteri kesihatan yang mempunyai hampir segala-galanya; wang, kuasa, populariti, pengikut fanatik malah beliau seorang yang berilmu sehingga layak bergelar Tuan Doktor.

Tetapi sayang beliau tidak begitu pandai meletakkan tahap dirinya ke tempat yang selayaknya kerana mempunyai nilai moral yang begitu rendah. Malah lebih rendah daripada rakyat jelata dan penoreh getah di estet yang miskin tetapi berjuang demi sesuap nasi.

Sehingga saat-saat akhir, Chua Soi LEk begitu payah dah keberatan melepaskan jawatan agungnya itu, sehinggalah di halau oleh PM, Media Massa, Penganalisis Politik dan desakkan seluruh Rakyat Malaysia yang bermoral tinggi...

Samada beliau seorang islam atau bukan islam itu bukan isunya. Sepatutnya sebagai seorang manusia, lebih-lebih lagi beliau salah seorang pembesar negara harus tertakluk dibawah etika dan nilai moral yang tinggi sebagai manusia yang bermoral dan bertamadun tinggi. Sebab itu kalau kita lihat diBarat Sang Menteri akan cepat-cepat meletakkan jawatan dan merasa malu jikalau skandal seks dan keaiban mereka didedah dan dibaongkarkan oleh pihak media. Malah di Jepun ada kalangan ahli politiknya sanggup membunuh diri kerana mempunyai perasaan yang tersangat malu. Di Malaysia apa jadi???

Disini lain, Chua Soi Lek dengan muka selamba masih sempat bergurau dengan minda terbuka (kononnya) dan tersenyum bahagia dihadapan pihak wartawan dan media Malaysia. Seoalah-olah macam tiada apa yang berlaku...

Berkali-kali saya menggeleng kepala melihat aksi spontan beliau, samabil bertanya kepada diri apakah ini sememangnya akhlak dan nilai moral sebahagian besar Bapak Menteri di Malaysia???

Malah saya lebih terkejut semasa mula-mula Chua Soi Lek mengadakan sidang memedia dengan para pemberita ada salah seorang dikalangan penyokongnya berbangsa Melayu dengan megah berSONGKOK (jangan pula ada pihak yang menolak bahwa songkok merupakan lambang indentiti sebagai MELAYU ISLAM) bersalam sambil tunduk kepala dengan beliau...(kononnya untuk menunjukkan beliau mempunyai para penyokong yang terdiri dari pelbagai bangsa di Malaysia. Kononnya lah...). Apa jadi dengan bangsa Melayu hari ini? Begitu mudah gelap mata, akal dan budi sanggup melupakan maruah bangsa dan nilai-nilai baik agama Islam.

Abgjas yang dirahmati Allahs swt...

"Sesungguhnya yang membezakan nilai seseorang manusia itu dengan seekor haiwan bukanlah pangkat, kuasa, gelaran (dato', tun, tan sri, Dr, YB dan sebagainya), Kereta Mewah, Rumah Banglo Besar, Populariti dan Sebagainya...AKAN TETAPI yang membezakan nilai seseorang manusia dengan seekor binatang bernama LEMBU PAWAH adalah akhlak dan nilai moral yang tinggi..."

Tala baca punya olang!

Noushy Syah said...

Salam Mr Moderator...

Good moral is essential for us as it is a good quality in human being for many reasons...not only it's a good inner value but also to gain respect from others.

Those with poor moral value has loss dignity of themselves..

Anonymous said...

moderator,

he.he.

tolong. jgnlah pelik.
siapa chua soi lek itu ?
seorang yang masih kafir bukan?

tiadalah jua keterlaluan jika aku mengatakan bahawa hampir semua menteri non-muslim yang mengamalkan cara hidup tidak bermoral itu. (bukan-semua)

wsalam.

AbGJaS said...

Salam Moderator,
Lantas 'permohonan maaf kpd seluruh rakyat malaysia' spt yg dicanangkan dlm sidang akhbar itu, masih ada harganya?

Mak Su said...

akhlak