Tuesday, January 29, 2008

Kisah Bapa Si Genius Matematik yang bernama Sufiah...

* FAROOQ dan isterinya Halimahton.
LONDON - Seorang lelaki, Farooq Yusof yang juga bapa kepada seorang genius matematik, Sufiah ditahan oleh pihak berkuasa Britain selepas dituduh mencabul dua remaja berumur 15 tahun, lapor sebuah akhbar semalam
Farooq, 50, yang berasal dari Pakistan dan bekerja sebagai tutor mengaku bersalah mencabul dua remaja itu di rumah mangsa.
Dia dipenjarakan sehingga pihak mahkamah memutuskan tempoh hukuman penjara terhadapnya dan dia menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga enam bulan.
Farooq yang berkahwin dengan seorang saintis kelahiran Malaysia, Halimahton, 51, mendapat liputan meluas media di Britain dan Malaysia pada 1997 selepas anak perempuan mereka, Sufiah berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.
Sila baca keseluruhan pos...
Ulasan Moderator :
Berapa ramai manusia didunia ini yang satu ketika dahulu hidupnya bermula dengan begitu baik...berakhir dengan tidak berapa baik. Manusia diberikan pilihan untuk menentukan hidupnya sendiri. Jangan sesekali menyalahkan Allah swt...sebab manusia sentiasa diberi pilihan didalam membuat keputusan. Anugerah Aqal diberi supaya manusia berfikir baik dan buruk. Dosa dan pahala. Syurga dan pahala. MARUAH dan NAFSU SYAITAN...
Bila manusia tidak pandai bersyukur...maka ditarik kembali kemewahan, status dan populariti. Siapalah kita... jika hidup tanpa maruah yang telah tercalar...

3 comments:

rastom said...

Tuan Sayyid Moderator el condor pasa, apa nak jadi? Sungguh tak ku sangka cempedak menjadi nangka. Anaknya gemilang bapanya pula makan tulang (spt jin). apa mungkin terlebih minum kopi kopi buatan Malaysia yang banyak campuran tongkat ali dan ginseng?

rastom said...

Tuan Sayyid Moderator el condor pasa! Sungguh susah saya mau masuk komen sama tuan punya blog hehehehe ..terlalu banyak security guard tanya soalan.

Elhakim said...

el-ghulam moderator

rasa-rasanya otak orang Melayu ni kena bodoh kot baru idup aman.

he..he..he..

nak buat macam mana otak katun aku selalu berkata.