Kebelakangan ini telah banyak berlaku kehilangan kanak-kanak akibat penculikkan misteri. Suspek dikatakan seorang lelaki yang menaiki motosikal. Modus Operandinya adalah dengan mengumpan anak kecil dengan cerita hikayat 'mencari kucing yang hilang' dan 'berjalan-jalan melihat burung'. Saya merasakan Lembah Klang tidak lagi selamat dengan kemunculan lelaki 'Psycho' ini semenjak kebelakangan. Akibat beberapa kejadian yang tidak menyenangkan ini, ibu bapa haruslah berwaspada dengan kemunculan 'Psycho Kidnapper' secara tidak disedari.
Pastikan anak-anak kecil tidak bermain berseorangan di luar rumah. Berwaspada juga dengan bunyi enjin motosikal yang datang secara mendadak tetapi seolah berbunyi lambat-lambat. Perhatikan juga setiap kenderaan (terutamanya Van Putih) yang lalau dikawasan perumahan. Jiran harus lebih bertanggungjawab untuk menjaga sesama sendiri.
Pada pendapat saya yang naif ini, kawalan "Rukun Tetangga" yang agak begitu popular disekitar zaman awal 80an dahulu patut dihidupkan semula. Demi menghalang tindakan drastik Psycho Kidnapper yang cuba menghikayatkan kembali ceritera "Hikayat Kucing Yang Hilang..."
3 comments:
Salam,
Kebanyakannya anak-anak perempuan yg jadi mangsa. Mungkin kerana sifat perempuan itu sendiri yg mudah dipengaruhi emosinya. Alhamdulillah saya sudah dewasa kerana saya memang suka pada kucing.
Sebut rukun tetangga ni teringat sebuah filem yg menceritakan tentangnya. Kelakar pun ada. Di sesetengah tempat ia masih diamalkan lagi.
kalau sebut kucing tu, rasanya ada rekod polis... so apa yg sukar ek.. saya harap mereka tak tangkap muat setakat nak jawab soalan reporter je. bagaimanapun....harap cepat2 ler beres. tak sanggup nak fikir natijah penculikan itu... ngeri. Lahawlawa quwatailla billa hilaliyil az'him
salam,
kalau boleh kurangkan juga disko dan
pub-pub yg tak berfaedah disekitar selangor. yang tu lagi hampeh.
hang tolong habaq kat depa yg dok berkempen tu
Post a Comment