490.
Diriwayatkan dari Ibnu 'Umar : Rasulullah saw. bersabada, "Sesungguhnya, apabila seseorang meninggal dunia, diperlihatkanlah tempatnya pada pagi hari dan sore hari. Apabila dia termasuk ahli syurga, syurgalah yang diperlihatkan kepadanya, dan apabila dia termasuk ahli neraka, nerakalah yang diperlihatkan kepadanya. Dikatakan pula kepadanya, "Inilah tempat mu sampai Allah membangkitkan mu pada hari kiamat."
(8:160 - Sohih Muslim)
Saturday, April 11, 2009
Friday, April 10, 2009
JANGAN BERCAKAP BILA KHATIB BACA KHUTBAH JUMAAT!
432. Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata bahawasanya Rasulullah saw. telah bersabda: “Barang siapa berbicara pada hari Jumaat diwaktu Imam sedang berkhutbah, ia seperti himar yang membawa beberapa lampiran kitab. Dan orang yang berkata kepada orang itu: “Diam!” tidak ada baginya Jumaat”.
Hadis riwayat Ahmad dengan sanad yang tidak membahayakan.
Hadis ini merupakan tafsir Hadis Abu Hurairah dalam kitab Shahihain dengan marfu’ : “Jika engkau berkata kepada teman mu “Diamlah!” pada hari Jumaat diwaktu Imam sedang berkhutbah maka engkau telah berbuat sia-sia”.
Keterangan:
Hadis ini menunjukkan bahwa pada waktu khutbah Jumaat dilarang berbicara, sekalipun menyuruh diam kepada yang berbicara.
(Sumber: Terjemahan BULUGHUL MARAM – Al Hafizah bin Hajar Al ‘Asqalani, Kitab Shalat, hal. 250)
Hadis riwayat Ahmad dengan sanad yang tidak membahayakan.
Hadis ini merupakan tafsir Hadis Abu Hurairah dalam kitab Shahihain dengan marfu’ : “Jika engkau berkata kepada teman mu “Diamlah!” pada hari Jumaat diwaktu Imam sedang berkhutbah maka engkau telah berbuat sia-sia”.
Keterangan:
Hadis ini menunjukkan bahwa pada waktu khutbah Jumaat dilarang berbicara, sekalipun menyuruh diam kepada yang berbicara.
(Sumber: Terjemahan BULUGHUL MARAM – Al Hafizah bin Hajar Al ‘Asqalani, Kitab Shalat, hal. 250)
Sunday, April 05, 2009
tapi mahu lari kemana?
Bukan senang hendak mencari keredhaan Tuhan. Namun begitu kita jangan sesekali lekas berputus asa. Carilah sedikit demi sedikit. Insha’allah akhirnya
Zaman ini zaman yang penuh dengan pancaroba… maka dengan keimanan yang teguh; bertahanlah kita.
Bertahan daripada pengaruh anasir-anasir komplot Hiburan Agenda Yahudi yang boleh melemahkan semangat kita untuk mempertahankan Islam.
Saya dah semakin bosan dengan hidup yang TERLAMPAU-LAMPAU banyak sangat suasana Hiburan Maksiat disekeliling. Tapi nak lari kemana?
Thursday, April 02, 2009
Kita mampu hidup tanpa Hiburan MAKSIAT Agenda Yahudi...percayalah...

Dunia sekarang semakin teruk. Semakin membimbangkan. Maksiat dan hiburan lagha merata-rata. Seolah-olah tiada hari tanpa hiburan berunsurkan maksiat. Kita hidup dikelilingi maksiat tanpa henti! Terlampau banyak sangat hiburan yang melekakan, sampai melupakan Allah. Na’uzubillah min zalik. Sehinggakan amal ibadat semakin kurang (itupun kalau buat ibadat).
Umat manusia dilekakan oleh Hiburan Maksiat Agenda Yahudi. Macam tiada sekatan langsung. Macam tiada pihak yang bertanggungjawab? Persoalannya siapa yang boleh sekat?
Yahudi Zionis tepuk tangan ramai-ramai. Mereka meraih keuntungan diatas kebinasaan umat manusia secara keseluruhannya. Ramai manusia hari ini hidup tanpa akhlak sebagai seorang manusia normal.
Boleh kita kurangkan hiburan haram didalam kehidupan keluarga kita?
Cubalah dengar bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an nul karim sebanyak mungkin. Mula-mula memang susah sikit, tetapi lama-lama eloklah nanti. Tak percaya boleh cuba. Kita bina semangat Islam dan keimanan kita secara berperingkat-peringkat.
Kenapa? Tak bolehkah? Tak tahan? Atau dah telampau banyak sangat jin dan syaitan duduk dalam badan...
Subscribe to:
Posts (Atom)