Thursday, June 26, 2008

malay grunge manifesto!


gelap. lampu terang. gelap kembali. bayang-bayang. idea datang. bercakap-cakap. gelap lagi.

diskusi berat. tentang Piotr Tchaikovsky (1840-1893). musik kelasik. bukan topik 'Das Kapital'. kami bukan komunis cuma benci kapitalis. belum punya kesempatan berkenalan lebih lanjut dengan 'The Communist Manifesto'.

terdampar di hutan batu... melihat langit ungu.

bercakap-cakap sampai pukul 2 pagi. teksi beratur panjang. balik 'pekena' teh tarik.
ini melayu grunge. bukan pengikut Marxisme.

Thursday, June 12, 2008

bila naik marah!

Apa ko ingat, ko sorang jerr boleh marah hah! heh.

Marah.
Mengapa kita marah? Kenapa manusia selalu marah-marah? Apakah disebabkan kita tidak mampu mendapatkan sesuatu yang kita memang mahukan sangat, maka kita jadi marah? Marah terpendam? Atau apakah apabila hak privasi kita diganggu gugat maka kita jadi lekas marah?
Mungkin disebabkan bila seseorang pernah dikecewakan, lalu dia menjadi mudah marah?

Bunyi bising. marah.

Ruang sempit. marah.

Panas. marah.

Boleh jadi juga sifat marah timbul disebabkan faktor suasana sekeliling. Situasi yang bercelaru juga mampu membangkitkan perasaan marah. Marah itu datang daripada hasutan Syaitan, ada cerdik pandai lagi bijaksana berkata. Marah itu sifat Syaitan?

Sewaktu seseorang kanak-kanak membesar dengan situasi sering dimarahi oleh bapa atau ibunya, besar kemungkinan apabila sudah mencapai umur dewasa ia akan menjadi pemarah dan panas baran!

Marah itu sifat semulajadi setiap insan. Menunjukkan dia seorang yang normal. Begitupun jikalau tahap kemarahnya terlalu berlebihan, ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak normal telah berlaku.

Baru sejejap tadi barang saya telah hilang. Jadi saya mula menulis karangan ini untuk melepaskan kemarahan melampau. Alhamdulillah, jumpa balik. Secara tidak langsung menunjukkan kemarahan saya satu perbuatan yag sia-sia lagi merugikan serta membosankan. Kenapa? Kerana bila setiap kali saya marah, saya menjadi penat.

Apapun terima kasih kerna sudi menjadi tempat saya melepaskan kemarahan melampau ini. Terima kasih sebab baca.

Sunday, June 01, 2008

Malaysia macam-macam ada...

Foto ini saya rakamkan sendiri. Untuk menghiasi blog yang sepi...

Hari ini sudah masuk bulan JUN. Setengah tahun telah berlalu. Macam-macam cerita. Macam-macam peristiwa. Namun bunga masih berseri. Merah dan hijau tetap bersama. Kawan lama menghilang. Kawan baru datang. Ini blog komuniti. Namun semua macam sudah tidak ambil peduli. Kecuali seorang dua...

Kebelakangan ini bila baca suratkhabar, macam-macam ada. Malaysia sudah lain. Kuala Lumpur semakin lain. Pemimpin bertukar ganti. Dasar sudah berubah. Rakyat marhain makin tertekan. Bawang putih, cili merah, ikan bawal semakin mahal. Duit keluar macam air. Duit masuk macam siput. Al-Qur'an dan Sunnah tidak dijadikan panduan orang-orang yang berkuasa. Mereka saling berebut harta.

Kita sebagai inividu harus menjaga diri dan keluarga sendiri. Anasir surbersif semakin menular. Dulu orang melayu takut hantu pocong. Sekarang takut macam-macam. Jenayah semakin meningkat. Selamatkah kita bila berada diluar sana? Orang melayu semakin sombong sesama sendiri. Jarang yang mahu mesra jika pertama kali bersua. Tidak boleh disalahkan mereka juga, mungkin semakin curiga sesama kita. Kalau diberi Assalamualaikum kepada orang yang kita tidak kenal, disangkanya kita ini ingin minta sedekah. Dunia dah banyak hal...

Nasib baik Nabi Muhammad saw. tinggalkan 'wasiat' yang bernama Solat. Dapat juga mengubat jiwa yang melarat...