Friday, April 18, 2008
terjumpa 3 aweks pingitan...oleh Lilo
Wah, bukan main seronok lagi aweks2 nie. Apa yang best sangat tu Cik Adila kite? Syikin bila lagi nak meminang jejaka idaman??? Asyik berkepit je dengan Adila kite. Anyway, seronok jumpe member sekepala nie. Do keep in touch. Gambar diambil ketika berehat sebentar selepas letih memborong buku di Pesta Buku Antarabangsa 2008 yang lepas.
seronoootttnyerr dieee...
Jom bangkit!
Kasihan blog ini, semenjak sebulan dua ini, sering dilayan seperti anak tiri. Maklumlah masa terhad. Kawan-kawan ayuh bangkit!!! Hantarlah sumbangan artikel... Ni semua pakat tido mati jerr...heheheee.
Insya'aalh kita akan tetap teruskan perjuangan...biarpun kureng tido...;-)~~ZzzzzZzzzZzzzzzzz....krrohh...ggrrohh....ggruuargghhh...(bunyi dengkur...hehehe)
Tuesday, April 15, 2008
bertemu imuda...(kartunis dan pelakon komedi tanah air)
Semasa berjalan-jalan di Pesta Buku Antarabangsa,KL 2008 yang baru berlalu; saya terserempak dengan kartunis/pelakon komedi 'otai' ; IMUDA. Dia sedang giat melukis karikatur di gerai majalah kartun 'Gila-Gila' (Creative Enterprise). Saya sempat meminta izin untuk 'click' satu foto. Dia beri 'pose lawak'! heheheee. Saya saja usik, dengan bertanya "Lama tak nampak bang?". Anda tau apa dia balas? "Dah tu hang hari-hari tak jumpa aku. Kalau jumpa tiap-tiap hari, mesti selalu nampak."
Cisss...kerek aar....hahahaaa.
Apapun semoga Imuda terus giat melukis dalam menghasilkan karya-karya yang best, dan terus berlakon dengan selamba. Bravo...
Friday, April 11, 2008
Jangan terlepas peluang!

Thursday, April 10, 2008
Sipnosis Buku "Hanya Tuhan Mengenal Tenteranya..." - Seperti yang tertera di belakang kulit buku.
Membesar dalam sebuah budaya keagamaan Islam, pengarang Khaled M.Abou El Fadl sentiasa diingatkan oleh guru-gurunya bahawa tidak ada gereja di dalam Islam, dan bahawa tidak ada sesiapa mewakil wibawa Tuhan yang Kudus. Baginya gambaran yang diulang-ulang para guru itu membayangkan kesaksamaan dan kemampuan semua orang untuk mencapai kebenaran Ilahi. Manusia cuba untuk membongkar kehendak Ilahi, tetapi tidak ada seorang pun memiliki wibawa untuk mendakwa bahawa hanya dia mampu menemukannya.
Menerusi perbandingan antara authoritative dan authoritarian, antara wibawa dengan kuasa yang memaksa, pengarang buku ini membongkar kalut pemikiran Wahhabisme dan Salafisme yang mendakwa ingin memurnikan agama, sedangkan yang dilakukan hanyalah menyuburkan kemalasan berfikir di dunia Muslim."
Wednesday, April 09, 2008
Masa untuk cekup buku 'feveret'...

Tepat-tepat 10 buah buku sempat saya sambar. Genre bercampur baur. Buku-buku yang telah saya saring, mengikut minat dan daya intelek saya. Buku-buku yang betul-betul ingin saya tekuni. Dah lama cari, baru kini ku ketemu. Berjam-jam juga saya terpaksa 'dok' melepak di gerai-gerai buku. Tiga buah gerai yang menjadi 'feveret saya ialah Utusan Publications, Gerak Budaya & Saba Islamic Media.
Bahan ilmiah yang bercampur baur... Ada satu buku bertajuk "Hanya Tuhan Mengenal Tenteranya;oleh Khaled M. Abou El Fadl dapat juga saya cekup. Memang sudah lama saya cari buku ini. Saya bayar Ringgit Malaysia sambil tersenyum puas; biarpun setelah 5 jam berlalu. Tersengih-sengih...huhuhuuu