Thursday, January 31, 2008

Bekas Mufti Selangor Meninggal Dunia - Al Fatehah

(semoga roh Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom dicucuri rahmat oleh Allah swt. serta ditempat bersama para solehin dan syhuhada. amiiin...)


HarakahDaily.Net melaporkan :

Belasungkawa untuk Almarhum Dato' Ishak Baharom
Nyza Ayob dan Salmiyah Harun Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed Jan 30, 08 5:10:15 pm MYT

Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.
Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.


Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.
Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.
Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007. - mns


TranungKite Online melaporkan :

Dato' Ishak Baharom meninggal dunia


Posted on Wednesday, January 30 @ 15:55:18 MYT by greenboc Oleh Intan Abdullah


KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh hari ini (3.05 petang) selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

Sebelum ini laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan. Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/


Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.
Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.

Tuesday, January 29, 2008

Kisah Bapa Si Genius Matematik yang bernama Sufiah...

* FAROOQ dan isterinya Halimahton.
LONDON - Seorang lelaki, Farooq Yusof yang juga bapa kepada seorang genius matematik, Sufiah ditahan oleh pihak berkuasa Britain selepas dituduh mencabul dua remaja berumur 15 tahun, lapor sebuah akhbar semalam
Farooq, 50, yang berasal dari Pakistan dan bekerja sebagai tutor mengaku bersalah mencabul dua remaja itu di rumah mangsa.
Dia dipenjarakan sehingga pihak mahkamah memutuskan tempoh hukuman penjara terhadapnya dan dia menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga enam bulan.
Farooq yang berkahwin dengan seorang saintis kelahiran Malaysia, Halimahton, 51, mendapat liputan meluas media di Britain dan Malaysia pada 1997 selepas anak perempuan mereka, Sufiah berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.
Sila baca keseluruhan pos...
Ulasan Moderator :
Berapa ramai manusia didunia ini yang satu ketika dahulu hidupnya bermula dengan begitu baik...berakhir dengan tidak berapa baik. Manusia diberikan pilihan untuk menentukan hidupnya sendiri. Jangan sesekali menyalahkan Allah swt...sebab manusia sentiasa diberi pilihan didalam membuat keputusan. Anugerah Aqal diberi supaya manusia berfikir baik dan buruk. Dosa dan pahala. Syurga dan pahala. MARUAH dan NAFSU SYAITAN...
Bila manusia tidak pandai bersyukur...maka ditarik kembali kemewahan, status dan populariti. Siapalah kita... jika hidup tanpa maruah yang telah tercalar...

Saturday, January 26, 2008

parti liar...pil murah!

(mahu join parti maksiat seperti ini? hmm...no way! minta dijauhkan Allah swt)


Kenapa kegembiraan hanya sekejap? Kenapa ada rasa sunyi? Kenapa murung? Kenapa dilanda kesedihan dan keresahan? Manusia bosan?

Kalau kita menonton televisyen, khas program daripada Amerika, seringkali kita lihat remaja Amerika selalu mengadakan 'Slumber Party'. Hampir saban minggu berkumpul beramai-ramai...

Asap rokok meledak. Bir masam panas. Muzik tekno! Lipstik melekap dikolar. Budak lelaki nerd. Exstacy. 'drugs dealing'...dan 1001 macam kegilaan remaja hedonis!

Untuk menghilangkan kesepian? Mungkin.

Hati kosong? Mungkin.

Segalanya serba kemungkinan. Kita disini mahu membuta tuli mengikut acuan kek mereka? Sila mengikuti sunnah nafsu syaitan jika mahu hancur lebur.

Barangkali dikecewakan wanita seksi 10 kali lebih bagus....daripada tumbang di sofa dek kerana penangan maut pil dadah sintetik.

Parti liar masih terus berjalan. Seorang remaja hedonis tumbang, mulut berbuih...mati tanpa sempat tobat lahom!

Friday, January 18, 2008

Peti Bodoh!

(Suatu masa dulu, Tv jenis console ini memang terdapat di rumah arwah nenek saya. Tapi sayang telah dijual kepada benggali pungut botol. Menyesal sungguh...barang antik wooo...high esthetic value...mana nak cari lagi zaman ni...)

Rancangan Televisyen hari ini mempunyai terlalu banyak sampah sarap. Terlalu banyak menonton TV secara semulajadinya akan menumpulkan daya kreativiti manusia. Saya jarang menonton TV. Malah kadangkala saya terlalu benci dengan TV. Tiada banyak faedah dah terlalu banyak masa terbuang. Saya cuma menonton bila perlu sahaja. Berita dan program yang benar-benar saya gemari. Saya bukan TV addict...seperti sesetengah orang yang tidak boleh hidup tanpa TV.

Jika tidak menonton TV, apa alternatifnya? Jawapannya...banyak alternatifnya...tidak payahlah saya sebutkan disini. Pandai-pandailah berfikir. Berfikir dengan betul! Cuma secara peribadi selain daripada beribadah, melakukan senaman dan membaca Al Qur'an saya lebih prefer Melayari Internet, Blogging dan membaca buku, majalah, artikel, essei,tengok muka sendiri di cermin dan akhir sekali petik gitar. Jikalau telah jemu melakukan semua aktiviti tersebut, capai bantal...tidur atas lantai. Mula membina kembali sel-sel otak yang telah digunakan sepanjang hari.

Sememang terdapat terlalu banyak perbezaan diantara mengakses internet, berbanding memaksa diri duduk berjam-jam lamanya menghadap Peti Bodoh! Ya benar...Sarjana Barat mengelar kotak televisyen sebagai peti bodoh.

Jika anda ingin terus menjadi bodoh dan pasif....maka teruskanlah tabiat menonton TV sehingga menjadi ketagih dan menjadi satu keperluan hidup...

Friday, January 11, 2008

Hikayat Mencari Kucing Yang Hilang...(Psycho Kidnapper muncul kembali!)

Kebelakangan ini telah banyak berlaku kehilangan kanak-kanak akibat penculikkan misteri. Suspek dikatakan seorang lelaki yang menaiki motosikal. Modus Operandinya adalah dengan mengumpan anak kecil dengan cerita hikayat 'mencari kucing yang hilang' dan 'berjalan-jalan melihat burung'. Saya merasakan Lembah Klang tidak lagi selamat dengan kemunculan lelaki 'Psycho' ini semenjak kebelakangan. Akibat beberapa kejadian yang tidak menyenangkan ini, ibu bapa haruslah berwaspada dengan kemunculan 'Psycho Kidnapper' secara tidak disedari.

Pastikan anak-anak kecil tidak bermain berseorangan di luar rumah. Berwaspada juga dengan bunyi enjin motosikal yang datang secara mendadak tetapi seolah berbunyi lambat-lambat. Perhatikan juga setiap kenderaan (terutamanya Van Putih) yang lalau dikawasan perumahan. Jiran harus lebih bertanggungjawab untuk menjaga sesama sendiri.

Pada pendapat saya yang naif ini, kawalan "Rukun Tetangga" yang agak begitu popular disekitar zaman awal 80an dahulu patut dihidupkan semula. Demi menghalang tindakan drastik Psycho Kidnapper yang cuba menghikayatkan kembali ceritera "Hikayat Kucing Yang Hilang..."

ANDA PERNAH MELIHAT SUSPEK INI?


ANDA PERNAH MELIHAT ADIK INI?


Friday, January 04, 2008

dicelah ranting...


Dicelah-celah ranting pokok, ada tersergam bangunan...Kerana manusia tidak boleh hidup tanpa pokok. Tidak boleh hidup tanpa hutan. Bangunan batu membunuh pokok. Bermakna membunuh naluri manusia yang dahagakan kehijaun. Buat menyejuk mata. Buat menyejuk jiwa. Buat meredakan tekanan perasaan. Pokok-pokok kini terpaksa dikorbankan kononnya demi nyawa manusia. Takut batang kayu bila dipanah petir menghempap kereta. Logik akal kadangkala membodohkan manusia...

Wednesday, January 02, 2008

Nilai Sebenar Manusia?


Manusia sebenarnya harus dinilai dari sudut apa?


1. Kacak


2. Wang


3. Populariti


4. Pangkat


5. Pengaruh dan Kuasa


6. Fesyen


7. Kebijaksanaan


8. Ilmu


9. Kreativiti


10. Akhlak



Maka saya pilih Akhlak...